GC Plus

Gemuk terlalu lama membawa kepada penyakit hati berlemak.

Obesiti adalah penyakit yang semakin meningkat penghidapnya, di seluruh dunia. Telah diketahui umum bahawa obes meningkatkan risiko sakit jantung, kencing manis dan strok. Walau bagaimanapun, apa yang ramai orang tidak sedar, obesiti juga memberi kesan yang besar kepada hati. Penyelidikan menunjukkan bahawa obesiti ada kaitan dengan penyakit hati berlemak (NAFLD). NAFLD ialah keadaan di mana lemak berlebihan terkumpul dalam sel hati.

Obesiti boleh menyebabkan rintangan insulin, yang menyebabkan hati menghasilkan lebih banyak glukosa daripada yang diperlukan. Ini boleh menyebabkan pengumpulan lemak dalam sel hati. Selain itu, obesiti selalunya dikaitkan dengan diet yang tidak sihat, yang boleh menyebabkan keradangan pada hati. Lemak yang berlebihan dalam hati inilah akhirnya menyebabkan kerosakan pada tisu hati, yang akhirnya boleh menyebabkan kegagalan hati.

Menurunkan berat badan boleh membantu memulihkan kerosakan hati yang disebabkan oleh NAFLD. Apabila seseorang menurunkan berat badan, lemak hati mereka berkurangan. Tahap enzim hati menjadi lebih baik dan mengurangkan keradangan. Malah, walaupun penurunan berat badan yang sederhana sebanyak 5-10% boleh membawa kepada penurunan yang ketara dalam NAFLD. Dalam bahasa mudah, weight loss can help reverse liver damage.

Jika ada yang mencari produk untuk merawat NAFLD, maaf GreenAard tidak ada produk untuk tujuan itu. Tetapi, GreenAard ada GC Plus dan Nutrijuice, iaitu produk kombo untuk weight loss booster. GC Plus khusus untuk weight loss. Manakala Nutrijuice untuk menurunkan kolesterol. Untuk yang belum tahu, kolesterol ada komponen yang bernama triglyserida. Apabila triglyserida terlalu tinggi, berat badan susah untuk turun.
Diana Ishak
Read more

Karbohidrat: Kawan atau Lawan?

Karbohidrat telah lama dianggap sebagai the devil's food penyebab berat badan bertambah. Adakah pernyataan ini wajar? Adakah karbohidrat benar-benar menyebabkan lemak badan bertambah? The answer is not that simple. Ia bergantung kepada jenis dan jumlah karbohidrat yang diambil, serta kadar metabolisme dan tahap aktiviti seseorang.

Walau bagaimanapun, bukan semua karbohidrat dicipta sama. Sesetengahnya, seperti gula halus dan roti putih, mengandungi gula ringkas yang disimpan sebagai lemak jika tidak digunakan oleh badan dengan segera. Sebaliknya, karbohidrat kompleks, seperti bijirin dan beras (nasi) mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam. Ini membolehkan tenaga dibebaskan secara beransur-ansur tanpa menyebabkan lonjakan paras gula darah yang boleh menyebabkan penambahan berat badan.

Ini dibuktikan oleh SAINS. Jepun merupakan negara dengan pengambilan karbohidrat tertinggi, iaitu 58%. Orang Jepun makan nasi hampir setiap kali waktu makan. Tetapi dalam pada masa yang sama Jepun mempunyai kadar obesiti terendah di antara negara maju, iaitu hanya 4.3%! Maka bolehlah dirumuskan di sini bahawa makan karbohidrat belum tentu menjadikan seseorang gemuk.

Dulu, diet Atkins dikatakan sebagai penyelesaian masalah kegemukan. It wasn't. Sekarang adiknya pula, si Keto Diet mengatakan penyebab gemuk adalah kerana makan terlalu banyak karbohidrat. Can we stop demonizing carbohydrates already?

Dalam dokumenteri "Homecoming", Beyoncé kata "Demi mencapai tujuan saya (weight loss), saya membataskan diri dari roti, dari karbohidrat, dari gula ..."

"...saya hanya makan sebiji epal"

Err..hello, Beyonce? Epal ada karbohidrat, ya. If you’re going to remove something from your diet, you should probably know what it is first.

Ok. Let's talk science for a while. Karbohidrat adalah salah satu makronutrien yang membentuk semua makanan. Semasa kita makan karbohidrat, enzim dalam usus memecahkannya sebelum usus kecil dapat menyerapnya. Setelah penyerapan, glukosa (gula) dalam darah akan menaik. Kenaikan glukosa dalam darah mendorong pembebasan insulin, yang membolehkan sel-sel mengambil glukosa dan menggunakannya sebagai sumber tenaga. Insulin juga memberi isyarat kepada hati untuk menyimpan glukosa berlebihan sebagai glikogen.

Walau bagaimanapun, hati hanya dapat menyimpan sejumlah glikogen dalam satu masa. Sebarang lebihan gula akan ditukar menjadi lemak untuk penyimpanan jangka panjang. Dalam keadaan glikogen tidak mencukupi, lemak simpanan dipecahkan menjadi glukosa. Badan gunakan glukosa ini sebagai tenaga. Sebab itulah JANGAN SEKAT KARBOHIDRAT kerana ia sumber tenaga utama badan dan otak.

Dalam GC Plus ada sejenis bahan aktif yang dinamakan HCA. HCA menyekat karbohidrat daripada menjadi lemak. Cara HCA menyekat adalah dengan menukarkan karbohidrat menjadi glikogen yang disimpan dalam otot, tanpa pembentukan lemak baru. Dengan cara itu, sel lemak akan kekal mengecut, tidak diisi dengan lemak baru kerana tiada lemak baru dihasilkan. Dalam masa yang sama, glikogen yang tersimpan dalam otot akan menambahkan jisim otot. Apa bila jisim otot meningkat, pembakaran lemak menjadi lebih cepat. Setelah menggunakan GC Plus selama 1 botol, cuba uji tahap bodyfat anda. Pasti menurun. Tak percaya cuba dulu GC Plus 2 bulan, kemudian check lilitan pinggang masing-masing.
Diana Ishak
Read more

Kepada pengguna baru, sebelum beli GC Plus, semak checklist ini.

Sempena promosi BAKAR LEMAK RAYA, kami noticed ramai pengguna baru. GreenAard tidak membenarkan GC Plus diambil sebarangan. Semak checklist yang kami sediakan ini. Jika anda pasti layak, you can proceed beli GC Plus.

Yang pertama, BMI. Maklumkan kepada kami tinggi, berat dan size pinggang anda.

Yang kedua, ukuran pinggang. Untuk lelaki, pinggang yang melebihi 40 inci dan pinggang wanita yang lebih dari 34 inci, anda dianggap overweight.

Yang ketiga, beritahu kami jika anda ada ambil sebarang ubat-ubatan secara rutin. Kerana, ubat-ubatan yang diambil secara rutin boleh mengganggu berat badan. Sesetengah ubat pula merangsang selera makan. Ini menyebabkan anda makan lebih banyak dan cepat lapar. Beberapa ubat lain mungkin mempengaruhi metabolisme badan. Ini membuatkan badan membakar kalori pada kadar yang lebih perlahan. Ada juga ubat yang mempengaruhi bagaimana tubuh menyimpan dan menyerap gula dan nutrien lain. Maka, sekiranya anda ada mengambil ubat-ubat lain secara rutin, please expect slow progress ketika mengambil GC Plus.

Yang keempat, jika ada penyakit Alzheimer atau Dementia, tidak sepatutnya mengambil GC Plus.

Yang kelima, GC Plus juga tidak boleh diambil semasa mengambil ubat statin (ubat kolesterol).

Yang keenam, pesakit darah tinggi dan kencing manis yang mengambil ubat-ubatan doktor juga dilarang mengambi GC Plus.

Yang ketujuh, wanita hamil dan dalam penyusuan tidak dibenarkan mengambil GC Plus, melainkan anak sudah melebihi 5 bulan.

Yang kelapan, sekiranya ada masalah PCOS atau thyroid, anda masih boleh mengambil GC Plus cuma perlu disiplin dan diet yang ketat.
Please expect slow progress too.

Yang kesembilan, sekiranya mengambil birth control, elakkan ambil GC Plus.

Secara ringkas, maklumkan kepada kami perkara-perkara di bawah ini ketika mahu membeli GC Plus:
  • BMI ada
  • ukuran pinggang anda
  • ada penyakit Alzheimer atau Dementia?
  • ada ambil ubat kolesterol?
  • ada ambil ubat darah tingi?
  • ada ambil ubat kencing manis?
  • ada sakit buah pinggang?
  • sedang hamil?
  • sedang menyusukan anak?
  • ada masalah PCOS?
  • ada masalah thyroid?

"GC Plus ada kesan sampingan?"

Ada beberapa KEMUNGKINAN. Tetapi kesan sampingan ini mungkin tidak akan anda rasai. Kesan sampingan GC Plus yang pertama adalah kekerapan buang air besar. Kekerapan ke tandas meningkat sekiranya anda makan terlalu banyak refined carbs. Kesan sampingan GC Plus yang kedua adalah banyak berpeluh dan kerap buang air kecil. Ini kerana, GC Plus meningkatkan metabolisme. Tindakbalas ini menghasilkan sisa dalam bentuk air. Kesan sampingan GC Plus yang ketiga adalah pening kepala, sakit kepala, loya dan mengantuk. Sekiranya itu berlaku, that is a sign bahawa GC Plus sedang 'berkerja'. GC Plus merangsang serotonin untuk mengurangkan rasa lapar. Serotonin yang dirembeskan secara mengejut dan banyak membuatkan badan menjadi lemah dan sakit kepala. Cuba kurangkan dos kepada 2 biji. Jika ok, slowly increase ke 4 kapsul.

 

Diana Ishak
Read more

Bolehkah berat badan turun tapi lemak perut tak berubah?

Oleh kerana ramai yang berusaha menurunkan berat badan, satu persoalan yang timbul ialah sama ada penurunan berat badan sentiasa membawa kepada pengurangan lemak perut. Ok. Walaupun weight loss secara amnya mengurangkan lemak, the answer to this question is not always straightforward. Secara umum, weight loss berlaku apabila terdapat pengurangan kalori. Ini bermakna badan membakar lebih banyak kalori daripada yang anda makan. Apabila ini berlaku, badan mula membakar lemak tersimpan untuk tenaga, mengakibatkan weight loss berlaku. 

Walau bagaimanapun, lemak badan kita tidak bertumpu pada satu tempat sahaja. Lemak dalam badan teragih ke seluruh badan. Ini memberi kesan kepada bagaimana dan di mana lemak berkurangan. Bagi kebanyakan orang, perut adalah kawasan biasa lemak cenderung terkumpul. Lemak jenis ini dipanggil lemak visceral dan ia mengelilingi organ seperti hati, pankreas dan usus. Walaupun berlaku penurunan berat badan, lemak viseral dalam perut mungkin tidak berkurangan seperti yang diharapkan. Ini kerana kadar kehilangan lemak dipengaruhi juga oleh faktor genetik, hormon, umur dan jantina.

Jadi, walaupun ada pengurangan berat badan secara keseluruhan, ada kemungkinan anda masih mempunyai lebihan lemak di perut. Lemak perut berbeza dengan lemak pada pinggang. Walaupun kedua-dua jenis lemak ini terletak di kawasan badan yang sama, terdapat perbezaan yang perlu difahami. Lemak perut, juga dikenali sebagai lemak visceral, terletak jauh di dalam perut dan mengelilingi organ penting seperti hati dan usus. Lemak jenis ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan diabetes. Lemak jenis ini bukan semata-mata kerana pertambahan berat badan. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan.

Lemak pinggang, sebaliknya, terletak betul-betul di bawah kulit. Lemak jenis boleh berkumpul di sekitar pinggang. Walaupun ia tidak membawa risiko yang sama seperti lemak perut, lemak pinggang yang berlebihan menyumbang kepada masalah rintangan insulin. Lemak pinggang adalah ukuran pengagihan lemak badan dan bukannya jumlah lemak. Pengukuran lilitan pinggang yang tinggi adalah petunjuk obesiti.

Secara umum, wanita sepatutnya mempunyai ukur lilit pinggang kurang daripada 34 inci, dan lelaki harus kurang daripada 40 inci. Cuba check lilitan pinggang masing-masing, berapa inci? (tali pita pengukur mesti lalu di atas pusat). Kalau agak-agak dah nak mencecah 34 inci, apa kata cuba GC Plus.

Diana Ishak
Read more

Nak tahu kenapa GC Plus seakan-akan tidak berkesan pada anda?

Pelik bila baca testimoni. Ada yang turun 5kg dalam masa 26 hari. Ada yang turun 3kg seminggu! Ada yang berat tak turun tapi baju lama dah longgar. Ada yang makan 3 botol pun tak turun-turun! Anda yang mana satu?

Penurunan berat badan amat berkait rapat dengan:
  • Metabolisme badan
  • Saiz badan sekarang
Ada orang metabolisme badannya lebih tinggi. Hanya dengan sebotol GC Plus boleh kurangkan berat badan sehingga 5-6kg. Jika anda adalah salah seorang yang bertuah mempunyai metabolisme tinggi, TAHNIAH kerana berjaya mendapatkan berat badan ideal lebih cepat dengan mengambil GC Plus.

Ada juga orang yang metabolisme badannya very slow. Dah pergi zumba 4 kali seminggu, kawal makan nasi sehari sekali, ditambah dengan pengambilan GC Plus, masih lagi tidak menunjukkan perubahan yang memberansangkan. Jika ada perubahan pun, penurunan berat tidak setanding dengan effort yang dibuat. Untuk mereka yang metabolisme rendah, ada satu perkara yang perlu dipertimbangkan apabila mengambil GC Plus, iaitu:
  • genetik
  • thyroid
  • kalori
  • senaman
#1 GENETIK
Sama ada suka ataupun tisak, genetik memainkan peranan dalam penurunan berat badan. Bukan bermakna jika ditakdirkan memiliki keturunan yang berbadan besar, potensi anda untuk kurus tiada. Bukan begitu. Anda masih boleh kurus cuma prosesnya lebih lama berbanding orang lain. Untuk kelompok pengguna yang begini, jangan jadikan angka pada penimbang sebagai piawai, tetapi jadikan ukuran pinggang sebagai petunjuk kehilangan berat. Cuba ambil ukuran pinggang setiap 10 hari. Lihat perbezaannya.

#2 Thyroid
Sekiranya sudah bersenam secara rutin, kurang makan dan mengambil GC Plus dengan rutin tetapi masih lagi berat tidak berganjak, cuba berjumpa dengan doktor. Mana tahu anda ada masalah thyroid. Orang yang mempunyai hipotiroidisme mempunyai tiroid yang menghasilkan sedikit hormon. Ini menyebabkan metabolisme mereka menjadi perlahan dan membakar kalori yang sangat sedikit.

#3 Kalori
Sesetengah pengguna GC Plus menyangkakan mereka sudahpun 'diselamatkan' dari masalah obesiti apabila mengambil produk ini. Lantas, mereka makan apa sahaja dan bergantung sepenuhnya kepada keajaiban GC Plus. Jika anda salah seorang yang beranggapan begini, nasihat kami - LUPAKAN SAHAJA misi mendapatkan berat deal. You must understand that GC Plus bukan magic pills. Cara GC Plus bekerja tidak sama seperti produk kurus yang lain. You need to understand the mechanism in order to know how to speed up weight loss. Bila sebut perkataan KURANGKAN KALORI, semua mengeluh. Masing-masing beranggapan, mesti sekat makan. Tak boleh makan nasi. Tak boleh makan jajan. Tak boleh minum coke. No, bukan begitu. KURANGKAN KALORI bermaksud kurangkan makan. Bukan menyekat makan. Rangka pelan pemakanan yang betul. Tidak perlu sampai berhenti memakan nasi. Cuma perlu tahu banyak mana nasi yang boleh diambil.

#4 Bersenam
Bersenam setiap hari memang bagus. Ia membantu membakar kalori. Tetapi ramai yang beranggapan, ketika sudah bersenam maka boleh akan dengan lebih banyak. No. Bersenam TIDAK membakar banyak kalori. 18 minit brisk walk membakar 100 kalori. Ketika anda memakan sesenduk nasi putih (tanpa lauk) selepas brisk walk, 100 kalori akan ditambah semula ke dalam badan. Sebab itulah cara paling efisien untuk menurunkan berat badan adalah melalui diet. Kawal makan. Tetapi harus diakui bukan mudah mengawal makan. That's why GC Plus comes to the rescue!

GC Plus tidak membakar lemak kerana ia BUKAN fat burner. GC Plus membantu mengurangkan rasa lapar. Apabila kurang merasa lapar, maka dengan sendirinya anda kurang makan. Kalau tak percaya, cuba ambil GC Plus selepas Subuh dan lihat hingga pukul berapa perut anda bertahan tidak makan.
Diana Ishak
Read more

Apa Cara Meningkatkan Metabolisme Jika Menghidapi Hipotiroidisme?

Apabila mempunyai hipotiroidisme, kelenjar tiroid tidak menghasilkan cukup hormon, lalu metabolisme menjadi perlahan. Metabolisme yang lebih perlahan bukan sahaja menyukarkan penurunan berat badan, tetapi menyebabkan gejala lain, seperti keletihan dan lemah badan. Tanda-tanda hypothyroidisme adalah:
  • keletihan
  • mengantuk
  • lemah otot
  • sembelit
  • cenderung mendapat selsema
  • susah fokus
  • kulit kering
  • kurang selera makan
  • perubahan haid
Salah satu simptom hipotiroidisme yang paling biasa ialah kesukaran menurunkan berat badan. Penyakit tiroid boleh menyerang sesiapa sahaja - lelaki, wanita, bayi, remaja dan orang tua. Ia boleh hadir semasa lahir (biasanya hipotiroidisme) dan ia boleh berkembang seiring usia (selalunya selepas menopaus). Orang yang mempunyai metabolisme yang lebih perlahan mengalami kesukaran menurunkan berat badan kerana mereka cenderung membakar sedikit kalori, yang bermaksud lebih banyak lemak disimpan dalam badan. Seberapa cepat atau lambat metabolisme badan sebahagian besarnya ditentukan oleh genetik.

Tetapi beberapa faktor lain boleh memainkan peranan, termasuk umur, jantina, saiz dan komposisi badan, dan tahap aktiviti fizikal. Kelaparan adalah punca metabolisme rendah. Seseorang yang makan diet rendah kalori dan mengalami keletihan, cuba kembali kepada pemakanan biasa. Pilihan makanan haruslah yang SEIMBANG bagi memastikan metabolisme berjalan dengan kuat. Jangan skip zat-zat tertentu hanya untuk kurus.

Masih tidak jelas sama ada meminum banyak air boleh meningkatkan metabolisme. Walau bagaimanapun, badan memerlukan air yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik, kira-kira 2.7 hingga 3.7 liter air setiap hari. Tidak cukup tidur boleh menurunkan kadar metabolisme juga. Kekurangan tidur boleh mengubah metabolisme glukosa dan menurunkan paras hormon leptin (hormon kenyang) dan meningkakan paras hormon ghrelin (hormon lapar).

Boleh nampak sekarang kenapa berat susah turun, kan? Ia bukan sekadar mengurangkan makan, tetapi lebih dari itu. Jika anda mempunyai hipotiroidisme, doktor akan berikan hormon tiroid sintetik. Hormon tiroid sintetik akan menormalkan paras thyroid dalam badan, maka kadar metabolisme dapat dinormalkan juga. Pastikan juga ikut saranan kami tadi - banyakkan minum air, ambil makanan seimbang, jangan skip nutrien tertentu demi nak kurus.
Diana Ishak
Read more

Dah cuba GC Plus tapi berat tak turun seperti orang lain.

Ada yang tertanya-tanya kenapa berat badannya tak turun-turun tetapi berat badan kawannya turun dengan agak cepat setelah ambil GC Plus. Padahal, dia dah cuba kawal pengambilan kalori dan bersenam sekerap mungkin. Masih lagi berat tiada penurunan. Sedangkan kawannya tidak bersenam pun malah makan sesedap rasa. Yang pelik, turun berat sehingga 5kg sebulan. Macamana boleh jadi begitu?

Ok, mula-mula you all perlu faham ada beberapa sebab yang mempengaruhi penurunan berat badan, sama ada cepat atau lambat. Sebagai contoh, lelaki cenderung untuk turun berat badan dengan lebih cepat berbanding wanita, kerana kebanyakan lelaki secara semulajadi mempunyai jisim otot yang lebih. Otot yang lebih menyebabkan metabolisme menjadi lebih tinggi. Bila metabolisme tinggi, pembakaran lemak menjadi lebih cepat.

Lelaki dan wanita cenderung untuk menyimpan berat badan yang berlebihan di tempat yang berbeza-beza. Contohnya, lelaki di kawasan perut, manakala wanita pula di punggung dan paha. Lemak di kawasan perut biasanya lebih mudah untuk hilang, manakala lemak di punggung dan paha lemak lebih sukar dibakar. 

Ramai yang tidak tahu, seseorang yang overweight selalunya lebih senang menurunkan berat badan. Ini kerana semakin seseorang overweight, badannya membakar lebih banyak kalori walaupun hanya berjalan kaki sejauh 500 meter. 
Secara gambaran yang mudah, berjalan dengan bebanan 30 kg adalah lebih susah berbanding berjalan dengan bebanan 5 kg. Semakin susah berjalan dengan bebanan yang berat, semakin cepat badan membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Sebab itulah, mereka yang berbadan besar lebih cepat turun berat badan. Yang lebih menarik, mereka yang berbadan besar boleh kurangkan makan tanpa menjejaskan keupayaan badannya untuk berfungsi dengan cekap.

Macam ni. Jika berat badan anda 135 kg, bermakna anda memerlukan 3500 kalori setiap hari untuk kekalkan berat badan tersebut. Jika anda kurangkan 1000 kalori daripada diet setiap hari, badan masih ada 2500 kalori untuk berfungsi dengan baik. Pengurangan 1000 kalori tadi mampu menurunkan berat badan 1 kg setiap minggu. Tetapi jika berat badan anda adalah 68 kg, anda perlu 1800 kalori mengekalkan berat badan ini. Dan jika anda kurangkan 1000 kalori daripada diet, badan anda tidak akan mempunyai tenaga yang cukup dan metabolisme menjadi lambat. Ini membuatkan daya memecahkan lemak menjadi lebih lambat.

Sebab itulah semakin berat badan menghampiri ideal weight, progress weight loss menjadi semakin lambat walaupun berdiet dan bersenam serentak. Walaupun mengambil GC Plus, anda masih perlu makan. Jangan skip makan. Tetapi elakkan makan gula. Perlu juga ambil kira faktor umur dan bentuk badan yang boleh memberi kesan kepada seberapa cepat berat badan boleh turun. Orang yang lebih berusia mengalami kehilangan berat badan dengan lebih perlahan, akibat perubahan hormon dan jisim otot berkurangan, atau mungkin kurang aktif secara fizikal. Jadi, jika anda membandingkan penurunan berat badan dengan orang lain, make sure you're not comparing apples to oranges.

Sesetengah pengguna GC Plus berkongsi banyak faktor seperti saiz badan yang sama, berat badan sama, umur sama, dan aktiviti harian pun sama, tetapi tidak mendapat hasil yang sama. Di sini perlu juga lihat faktor genetik dan masalah individu seperti hypothyroidism, PCOS, imsomnia atau pengambilan ubat-ubatan seperti corticosteroids atau anti-depressants. Faktor-faktor tersebut boleh mempengaruhi penurunan berat yang lambat. Jika anda berada dalam kelompok tersebut, cuba dapatkan khidmat nasihat doktor yang boleh membantu memaksimumkan penurunan berat badan tanpa menjejaskan kesihatan. Tetapi selalunya, kes lambat turun berat badan ini dapat diatasi dengan mengubah diet dan corak aktiviti harian. Kongsikan weight loss card anda kepada kami, biar kami lihat apa yang boleh kami bantu.

Diana Ishak
Read more

Tidur Boleh Membantu Menurunkan Berat Badan

Jika anda cuba menurunkan berat badan, jumlah tidur adalah sama penting dengan diet dan senaman. Malangnya, ramai orang tidak cukup tidur. Banyak bukti menunjukkan bahawa tidur menjadi faktor yang buatkan ramai orang mengalami kesukaran menurunkan berat badan. Tidur tidak perlu banyak, tetapi MESTI berkualiti. Dalam Islam, tidur yang berkualiti adalah sekitar 10 malam hingga 3 pagi. Tidur yang kurang berkualiti (kurang nyenyak) mempunyai hubungan dengan ukur lilit pinggang yang lebih besar. Saiz pinggang adalah petunjuk kepada lemak perut. Sebab itulah GreenAard amat mementingkan ukur lilit pinggang berbanding angka pada penimbang kerana kita mahu turunkan lemak.

"Tapi, di mana kaitannya tidur dengan berat badan?"

Kekurangan tidur memberi kesan negatif kepada tahap kelaparan. Ia mempengaruhi seseorang untuk mengambil lebih banyak kalori daripada makanan tinggi lemak dan tinggi gula. Perasan tak, bila kita kurang tidur (atau keletihan), kita selalu rasa nak makan dan apa juga yang dimakan terasa seperti tidak puas. Lalu, kita cenderung mengambil fast food, junk food, dessert dan makanan yang merepek-repek. Sedar tak ketika itu kita makan bukan kerana lapar tetapi kerana emosi yang tidak stabil akibat kurang tidur?

Tidur yang cukup membantu mengelakkan peningkatan dalam selera makan. Kajian mendapati bahawa mereka yang kurang tidur mengambil tambahan 385 kalori setiap hari, dan biasanya datang daripada makanan berlemak. Kekurangan tidur membawa kepada peningkatan ketara dalam kelaparan, keinginan untuk makan, saiz hidangan, dan pengambilan coklat serta makanan berlemak. Tidak mendapat tidur yang berkualiti meningkatkan pengeluaran hormon ghrelin yang membuatkan anda berasa lapar. Dalam masa yang sama, badan kurang mengeluarkan hormon leptin, iaitu hormon yang membuatkan anda berasa kenyang. Apabila tidak mendapat tidur yang mencukupi, badan menghasilkan lebih banyak ghrelin dan kurang leptin, menyebabkan anda lapar dan selera makan bertambah.

Jadi, boleh nampak tak, weight loss bukan sekadar KURANGKAN MAKAN atau BERSENAM, tetapi lebih dari itu. Kurang tidur dan stress juga membuatkan badan seakan-akan disekat dari menurunkan berat. Sebab itulah mekanisme utama dalam GC Plus adalah mengurangkan rasa lapar. Serotonin yang dirangsang setelah mengambil GC Plus akan membuatkan selera makanan disekat, seseorang merasa lambat lapar dan mood lebih stabil. Mood yang stabil akan mengurangkan seseorang makan mengikut emosi.
Diana Ishak
Read more

Berat saya bertambah bila bersenam. Kenapa?

Hari-hari bersenam macam nak rak! Dengan joggingnya, dengan sit-upsnya, dengan lompat kataknya. Tetapi bila timbang berat, berat bertambah! Kenapa?

Ok, pertama sekali perlu diingat bahawa situasi ini tidak berlaku pada semua orang, jadi jangan jadikannya alasan untuk takut bersenam. Walau bagaimanapun, sekiranya ini berlaku, lebih-lebih lagi jika anda sedang berdiet, kemungkinan besar itu bukan pertambahan lemak tetapi pertambahan berat air yang bersifat SEMENTARA.

Bersenam mengakibatkan koyakan kecil pada gentian otot (microtrauma). Sebab itulah selepas bersenam kita mudah rasa sakit-sakit badan. Dalam masa yang sama badan berusaha untuk menyembuhkan koyakan kecil tersebut. Cara penyembuhan koyakan kecil ini adalah, badan akan menghasilkan bahan perantara (cecair) yang bergerak ke kawasan koyakan dengan membawa bersama sel darah putih. Pergerakan ini membuka saluran darah dan sel darah putih akan menyingkirkan toksin dan serpihan koyakan tadi. Aktiviti yang berlaku di kawasan koyakan ini akhirnya menyebabkan keradangan dan membengkak.

Bahan perantara (cecair) yang diperlukan untuk melawan keradangan tadi sudah tentu memberi sedikit pertambahan pada berat badan. Sebab itulah ianya bersifat sementara. Dan sudah tentu, mengambil makanan yang sihat dan berehat dengan cukup membantu badan (koyakan kecil pada gentian otot) pulih dengan cepat. Sebab itulah seseorang tidak disarankan bersenam setiap hari kerana badan memerlukan masa untuk merawat gentian otot yang koyak. Apabila anda bersenam setiap hari, cecair (bahan perantara) akan sentiasa berkumpul, dan inilah yang membawa kepada pertambahan berat pada angka penimbang. Tetapi apa-apa pun, kunci utama adalah CONSISTENCY. Badan anda sedang menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup dan diet apatah lagi bila mengambil GC Plus. Berikan masa kepada diri sendiri.

Satu lagi sebab kenapa berat badan bertambah apabila bersenam dan berdiet adalah kerana badan menambah otot. Sekiranya berat bertambah 1 kg ketika mengambil GC Plus, itu adalah NORMAL. Ini kerana GC Plus menambahkan jisim otot. Pertambahan jisim otot akan membuatkan angka penimbanga bertambah sedikit, tetapi apa kata cuba ukur lilitan pinggang. PASTI BERKURANGAN!

"Saya tak faham macamana berat badan bertambah tetapi saiz pinggang berkurangan?"

Kerana, ketika jisim otot bertambah, metabolisme juga bertambah. Metabolisme yang bertambah akan meningkatkan pembakaran lemak. Pertambahan otot inilah yang menyebabkan berat badan bertambah pada awal pengambilan. Anda akan nampak mungkin peha lebih besar berbanding sebelumnya. Ini adalah kerana pertambahan otot di bawah tisu adipos telah menolak lemak keluar yang mengakibatkan peha nampak lebih besar.

Berikan masa kepada badan. Be patient. Apabila lemak dibakar menjadi tenaga, anda akan dapat kaki idaman. Anda mesti ingat dalam misi weight loss, yang hendak dikurangkan adalah LEMAK, bukan semata-mata ANGKA pada penimbang. Sejauh mana lemak telah berkurang dapat dilihat pada saiz pinggang. Lama-kelamaan angka pada penimbang berat akan menurun juga, apabila lemak semakin kurang.

Sesetengah pengguna GC Plus kurang sabar dan ingin hasil (turun berat badan) nampak dengan segera tanpa mengetahui bahawa ada banyak perkara yang perlu dilalui oleh badan dalam proses weight loss ini. Antara kesilapan orang-orang yang bersenam adalah, mereka overestimate kalori yang telah diguna oleh badan dan underestimate kalori yang ada dalam makanan yang mereka makan. Selalunya selepas bersenam mereka akan mengambil makanan yang light meal tetapi sebenarnya tinggi kalori.

Orang-orang ini tidak tahu bahawa kalori dalam makanan sebenarnya jauh lebih tinggi dari kalori yang telah mereka buang ketika bersenam. Tahu tak anda perlukan 2 jam senaman kardio untuk membakar kalori SEBIJI DONUT? Lebuh baiklah makan nasi. Satu cawan nasi baru 40 g karbohidrat. Badan perlukan 130 g karbohidrat sehari. Tiga kali makan nasi, baru 120 g. Makan dengan lauk sayur (fiber), ikan (protein) dan ayam panggang (protein). Lebih kenyang.

Bila pengguna GC Plus kata "Kenapa saya semakin berat sedangkan saya ambil GC Plus dan bersenam. Sepatutnya saya semakin kurus".

Ya, sepatutnya begitulah. Tetapi anda perlu tahu yang senaman sahaja tidak menyebabkan penurunan berat badan jika diet tidak dirancang dengan baik. Begitu juga dengan mereka yang hanya bergantung kepada GC Plus untuk dapatkan berat ideal (tanpa bersenam). GC Plus boleh bantu meningkatkan metabolisme badan supaya pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat dari biasa, tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa sekiranya anda makan tanpa kawalan. Tukar diet bukan bermaksud tahan lapar dan sekat makan, tetapi makan berpada-pada. Pilih yang tidak ada gula. Itu lebih baik. Barulah proses turun berat menjadi lebih cepat.

Ada yang merasakan apabila sudah bersenam selama 2 jam maka it's ok untuk makan lebih. Look, makanan bukanlah sejenis reward, ya. Makanan akan membuatkan badan perlu membakar kalori dengan lebih banyak berbanding kalori yang dibakar ketika bersenam. Mereka yang hanya makan sekali sehari juga selalu beranggapan badan akan lebih cepat kurus. Ini anggapan yang sama sekali salah! Kurang makan atau pemilihan makanan yang salah akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon pada badan dan badan boleh berhenti terus dari membakar lemak. 

Don't give up! Berikan masa untuk pertambahan berat badan itu 'mencari jalan keluar'. Jika tidak ada perubahan juga, step back dan lihat sekiranya ada aspek-aspek lain dalam diri anda yang perlukan penelitian. Jika mahu mencuba GC Plus, whatsapp 012-7728976. Pastikan:

  • tidak mengambil ubat darah tinggi
  • tidak mengambil steroid atau ubat anti-depressant
  • tidak ada masalah buah pinggang
  • tidak ada masalah thyroid atau PCOS
  • nyatakan tinggi dan berat terkini
Diana Ishak
Read more

Kenapa kitaran haid berubah bila diet berubah?

Adakah kitaran haid anda agak kurang teratur daripada biasa sejak mengambil GC Plus? Adakah aliran haid menjadi lebih ringan atau lebih heavy? Atau adakah ia datang 2 kali dalam sebulan? Atau lambat datang? Jika sebelum ini ia biasa, apa yang menyebabkan kitaran ini tiba-tiba berubah?

Mungkin tertanya-tanya ‘bolehkah diet menjejaskan kitaran haid saya?’ Jawapannya, YA. Kitaran haid dikawal oleh hormon seperti estrogen dan progesteron. Perubahan dalam hormon ini akan menjejaskan kitaran haid. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengeluaran hormon boleh dipengaruhi oleh diet. Jadi, perubahan dalam diet boleh menjejaskan kitaran haid.

# MENYEKAT MAKAN
Sekatan kalori boleh mengubah kitaran haid. Pemakanan yang ketat (seperti Anorexia Nervosa), atau kebuluran, atau weight loss, boleh mengubah aliran dan kitaran haid. Memandangkan GC Plus mengurangkan rasa lapar serta membantu weight loss, adalah NORMAL jika anda mengalami kitaran haid yang tidak menentu pada 1-2 bulan pertama. Lebih-lebih lagi jika dalam tempoh itu berlakunya penurunan berat badan, PASTI kitaran haid berubah sedikit. Ini kerana, pengambilan kalori yang berkurangan dari biasa telah mengganggu hormon yang mengawal kitaran haid dan menyebabkan kitaran berubah.

# BERAT BADAN
Berat badan kurang atau berat badan berlebihan boleh memberi kesan kepada kitaran haid. Jika anda underweight, kitaran haid mungkin tidak teratur, atau dalam kes yang teruk, berlakunya amenorea (haid terhenti). Jika peratusan lemak badan (body fat) terlalu rendah, badan akan berhenti menghasilkan estrogen, oleh itu menghentikan haid. Sebaliknya, overweight juga menyebabkan gangguan haid atau amenorea (haid terhenti). Masalah berlaku apabila badan mempunyai terlalu banyak sel lemak kerana ia boleh menghasilkan jumlah estrogen yang berlebihan. Walau dalam keadaan tidak berlaku ovulasi, darah terus melapisi dinding rahim dan membina lapisan ke tahap yang apabila mendapat haid, aliran menjadi sangat heavy dan lebih panjang daripada biasa. Kehilangan lemak badan boleh membantu memulihkan kitaran haid. Boleh nampak sekarang bahawa kitaran haid yang teratur adalah petunjuk yang baik untuk keseimbangan hormon, kan?

# JUMLAH ISOFLAVON DALAM DIET
Isoflavon (juga dikenali sebagai phytoestrogen) adalah bahan yang wujud dalam tumbuhan tetapi mempunyai struktur yang serupa dengan estrogen badan kita. Apabila kita memakan isoflavon, badan bertindak balas seolah-olah estrogen kita sendiri hadir. Isoflavon boleh memperbaiki gejala menopaus, seperti hot flushes and berpeluh di waktu malam. Dalam rangkaian produk GreenAard - GLOEI, GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA - mempunyai kandungan isoflavon yang agak tinggi. Ketika anda mengambil salah satu dari produk GreenAard tadi, maka akan berlaku sedikit perubahan dalam diet akibat isoflavon yang tinggi. Jangan risau. Perubahan ini tidak lama. Bila badan sudah serasi dengan diet yang baru, lama-kelamaan ia akan mendapat kitaran haid yang tetap.
Diana Ishak
Read more

Tahukah anda tidak minum air yang mencukupi boleh menyebabkan berat badan bertambah?

Apabila tidak cukup minum air, badan cenderung bloat up. Kurang minum air akan membuatkan badan sukar menurunkan berat kerana dehidrasi. Untuk mengekalkan metabolisme dan fungsi badan yang lain, penting untuk memastikan diri terhidrat. Tetapi kurang aktiviti fizikal dan tinggal di dalam rumah sahaja menjadikan kita kurang dahaga dan akhirnya kita kurang minum air–menjadikan badan dehidrasi.

Apabila badan kurang air, isyarat pada otak tidak berfungsi dengan baik. Dehidrasi menghilangkan isyarat dahaga dan menghantar isyarat lapar, membuatkan anda cenderung untuk makan lebih banyak. Apabila badan dehidrasi, berlaku kehilangan tenaga dan anda berasa letih untuk menambah tenaga itu, anda cenderung untuk makan lebih banyak dan akhirnya membawa kepada penambahan berat badan. Dalam kes ini, badan craves gula dan makanan berlemak - yang merupakan tekanan sebenar yang menyebabkan berat bertambah.

Kesihatan usus turut terjejas akibat kurang pengambilan air. Badan tidak akan menghasilkan jus pencernaan yang mencukupi, metabolisme akan jatuh dan akhirnya penambahan berat badan berlaku. Selain dari itu, apabila badan kurang air, pengambilan glukosa oleh insulin menjadi perlahan, yang membawa kepada tahap glukosa darah yang tinggi. Apabila tidak minum air yang mencukupi, glukosa dalam darah menjadi lebih pekat, membawa kepada lonjakan paras gula dalam darah. Dehidrasi juga menyebabkan sembelit dan pergerakan usus tidak lancar yang secara langsung ada hubungan dengan penambahan berat badan. Inilah antara fakta-fakta sains yang anda perlu tahu dalam perjalanan menurunkan berat badan - ianya tidak sekadar KURANG MAKAN, tetapi prosesnya lebih dari itu. Semoga selepas ini, dengan fakta-fakta yang kami nyatakan, menjadikan perjalanan weight loss anda lebih mudah.
Diana Ishak
Read more

Ada darah tinggi tapi nak ambil GC Plus juga!

Alahai, ramainya nak cuba GC Plus tapi ada penyakit darah tinggi. Macamana, boleh ke? Ok, look. Realitinya kandungan GC Plus cumalah Garcinia Cambogia (buah asam) dan herba kampung sahaja. Tak ada yang merbahaya. Malah, KKM mengklasifikasikan GC Plus sebagai produk tradisional. GC Plus TIDAK mengandungi sebarang bahan perangsang yang boleh memberi kesan negatif kepada pesakit darah tinggi.

Penting untuk tahu bahawa setiap pengguna MESTI patuh pada dos yang disyorkan apabila mengambil sebarang ubat, termasuklah GC Plus. Kalau arahan kata ambil 4 biji, maknanya ambil 4 biji. Jangan anggap ambil extra maka lebih cepat kurus. NO.

"Adakah itu bermakna kami pesakit darah tinggi boleh ambil GC Plus?"

Kalau tidak ambil ubat darah tinggi, yes, anda boleh cuba GC Plus. Tetapi jika ada ambil ubat darah tinggi, tolong jangan ambil GC Plus. Ini kerana, dalam GC Plus ada kalium (potassium) yang mana kalium diketahui boleh mengganggu ubat darah tinggi. GC Plus tidak bahaya pada tekanan darah tinggi anda, tetapi ia boleh menggangu cara ubat darah tinggi anda berkerja.

Kebimbangan ni wujud atas sebab-sebab yang baik. Bukan GreenAard tak allow you all kurus, tapi adalah lebih baik tumpukan dulu pada ubat-ubatan yang doktor dah bekalkan. Dalam bahasa yang mudah faham, pengidap darah tinggi yang sedang dalam rawatan ubat-ubatan TIDAK BOLEH mengambil GC Plus. Kami cuma tak mahu muncul lebih banyak kesan sampingan dari manfaat apabila anda mengambil GC Plus. Kepada yang mahu mengambil GC Plus, pertama sekali MESTI patuh pada dos pengambilan GC Plus. Hormati dos pengambilan.
Diana Ishak
Read more
318 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart