GC Plus / eat clean

Apa Itu 'Eat Clean'

 

 .

Kebanyakkan pengguna GreenAard minta nasihat apakah cara paling cepat untuk dapatkan berat badan ideal.

Kami jawab - EAT CLEAN.

So, apa tu EAT CLEAN?

Macamana EAT CLEAN ni?

Ok kami terangkan bagaimana you all boleh EAT CLEAN untuk lajukan proses penurunan berat badan tanpa perlu bersenam (kalau malas sangat).

 .

1. Ambil 6-7 hidangan kecil sehari.
Semakin lama tempoh and menunggu waktu makan, semakin tinggi kebarangkalian untuk anda makan dengan lebih banyak. Selepas kira-kira 3 jam selepas makan, kandungan gula dalam darah akan mula menurun. Selepas 4 jam pula, apa yang telah anda makan sebelumnya telahpun habis dicernakan. Selepas 5 jam, kandungan gula dalam darah akan bertambah menurun membuatkan anda terasa ingin makan macam-macam dan selalunya ketika itu anda akan makan apa saja tanpa memikirkan lagi samada makanan itu berkhasiat atau tidakk, tinggi kalori atau tidak. Itulah sebabnya sarapan sangat penting kerana perut telah kosong 7-8 jam semasa tidur.

 .

2. Minum banyak air.
Air membantu meningkatkan metabolisme, bersihkan badan dari bahan buangan dan bertindak sebagai penahan selera. Bukan tu saja. Minum banyak air sebenarnya akan mengurangkan badan dari menyimpan terlalu banyak air yang telah membuatkan kita berat 2-3kg dari sepatutnya.

 .

3. Makan makanan yang sudah diproses dengan kadar paling minimum.
Makanan yang diproses mengandungi lebih banyak gula dan natrium. Makanan proses termasuk keropok, krimer kopi, pizza, makanan sejuk beku, kadang-kadang mengandungi lemak trans iaitu sejenis lemak yang paling tak sihat. Segala makanan yang melalui separa hidrogenasi (makanan diproses) mengandungi lemak trans walaupun dinyatakan pada label 0g lemak trans.

 .

4. Makan sayuran hijau.
Sayur mempunyai pigment klorofil dan pigment ini membantu menurunkan berat badan. Lebih hijau sayuran itu, lebih banyak pigment klorofil. Maknanya lebih cepat ia bantu anda dapatkan berat badan ideal. Tambahan pula sayuran mempunyai kalori yang rendah. Tetapi tidaklah bermakna anda hanya perlu makan sayur sahaja. Boring nanti. Cuba masukkan sayuran dalam setiap diet anda. Masukkan brocolli dan saderi ke dalam sup atau gantikan cendawan dengan bayam dalam telur dadar.

 .

5. Ambil sarapan ber-protein.
Makanan yang anda pilih untuk sarapan amat mempengaruhi makanan yang bakal anda ambil sepanjang hari. Makanan berprotein bukan saja mengurangkan selera tapi juga menggalakkan badan menggunakan banyak tenaga (kalori) untuk pecahkan protein kepada karbohidrat. Contoh sarapan berprotein tinggi adalah telur, susu rendah lemak, yogurt rendah lemak dan cheese. So, esok dah boleh mulakan sarapan omellet with double cheese! Yummy!

 .

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart