Low Fat vs Low Carb - Mana yang lebih baik untuk menurunkan berat badan?

Ramai orang suka diet rendah lemak untuk membantu menurunkan berat badan, tetapi diet rendah karbohidrat sama-sama efektif. Walaupun keduanya membantu menurunkan berat badan, diet rendah karbohidrat dan rendah lemak are structured differently.

Diet karbohidrat
Diet karbohidrat adalah bersifat ketogenik. Bermaksud, menyekat pengambilan karbohidrat untuk merangsang ketosis, iaitu keadaan di mana badan menggunakan lemak untuk tenaga dan bukannya karbohidrat. Diet ini menyekat karbohidrat jahat seperti minuman & makanan manis dan makanan bertepung [kek, biskut, roti canai]. Ada juga mengehadkan pengambilan karbohidrat sihat seperti nasi, sayuran berkanji, buah, dan pasta.

Diet rendah lemak
Diet rendah lemak mengehadkan pengambilan lemak kurang daripada 30% daripada jumlah kalori harian. Makanan tinggi lemak seperti minyak masak, mentega dan susu full cream penuh lemak biasanya "diharamkan". Walaubagaimanapun yogurt rendah lemak, susu rendah lemak, dan daging lembu [lean cuts] boleh diambil.

Yang mana lebih baik?

Diet rendah karbohidrat lebih berkesan.

Kajian menunjukkan mereka yang mengambil diet rendah karbohidrat hilang berat badan 3 kali lebih daripada yang mengambil diet rendah lemak. Sebab itulah kami selalu menasihatkan KALAU BOLEH, hentikan semua karbohidrat jahat [gula & tepung].

Karbohidrat jahat menyumbang kepada belly fat. Jadi, kalau nak perut menyusut, hentikan semua makanan & minuman manis serta makanan bertepung seperti kek, kukis, roti canai, mee.

Makanan rendah karbohidrat boleh mempengaruhi aspek kesihatan yang lain dengan cara yang berbeza. Ini termasuk :

Kolesterol.
Diet rendah karbohidrat lebih berkesan untuk meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik).

Trigliserida [komponen kolesterol]
Diet rendah karbohidrat mengurangkan trigliserida jauh lebih cepat dari diet rendah lemak.

Tekanan darah
Apabila kolesterol berkurangan, saluran darah menjadi kurang tebal, menjadikan tekanan darah lebih stabil.

Apa kaitannya dengan Basic Value Pack?

GC Plus dalam Basic Value Pack mengandungi HCA yang merencatkan aktiviti enzim yang membentuk lemak. Tindakbalas ini membuatkan karbohidrat ditukarkan ke dalam bentuk glikogen dan diarahkan untuk disimpan dengan lebih banyak ke dalam otot, menjadikan lean muscle meningkat. Bila otot meningkat, lebih cepat ia membakar lemak.

Lemak dari makanan dipecahkan menjadi asid lemak. Asid lemak yang tidak diperlukan dibungkus dalam bentuk trigliserida dan disimpan dalam sel lemak. Nutrijuice membantu mengurangkan trigliserida, seterusnya merendahkan kolesterol. Apabila trigliserida berkurangan maka proses penurunan berat badan berlaku dengan lebih baik.

 

Diana Ishak
Read more

Mengehadkan Kalori Boleh Memudaratkan

Ramai yang bila nak menurunkan berat badan, selalu menyekat jumlah kalori yang diambil. Sedangkan, mengehadkan kalori dengan extreme boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk rendah kesuburan dan tulang lemah.

Badan memerlukan kalori untuk berfungsi dengan baik bagi mengekalkan 3 proses utama :

- Fungsi asas termasuk fungsi otak, ginjal, jantung, paru-paru dan sistem saraf dengan betul.
- Pencernaan untuk mencerna makanan yang dimakan.
- Aktiviti fizikal untuk menjalankan tugas harian dan senaman.

Secara amnya, makan lebih banyak kalori daripada keperluan badan akan menyebabkan berat badan bertambah. Makan sedikit kalori daripada yang diperlukan oleh badan membawa kepada penurunan berat badan. Mungkin inilah punca kenapa ramai yang menyekat pengambilan kalori bila berdiet.

Hakikatnya, makan sedikit kalori daripada keperluan badan secara konsisten boleh menyebabkan metabolisme menjadi perlahan. Diet rendah kalori akan mengurangkan jumlah kalori yang dibakar oleh badan kerana otot sudah mengecil.

Mengambil sedikit kalori secara rutin boleh menyebabkan keletihan dan menjadikan perjalanan diet lebih sukar. Diet yang terhad kalori tidak menyediakan jumlah zat besi, atau vitamin yang mencukupi. Ini menyebabkan keletihan yang melampau dan mudah give up.

Mengehadkan kalori boleh mengurangkan kesuburan. Kemampuan untuk ovulasi bergantung pada tahap hormon. Hormon sebahagiannya bergantung pada jumlah kalori yang terdapat dalam diet.

Pengambilan kalori yang tidak mencukupi mengurangkan tahap estrogen. Tahap estrogen yang rendah memberi risiko pada kulit, tulang dan kitaran haid.

Mengambil terlalu sedikit kalori boleh melemahkan tulang kerana dapat mengurangkan tahap estrogen dan testosteron. Tahap rendah kedua-dua hormon ini mengurangkan pembentukan tulang dan meningkatkan pereputan tulang.

Berpada-pada dalam berdiet. Jangan terlampau menyekat makanan. KAWAL portion sudah memadai. Mudahkan perjalanan diet dengan Basic Value Pack - Weight Loss Booster.

Hubungi kami untuk free consultation, 012-7728976.

Diana Ishak
Read more

Bagaimana untuk mengetahui sama ada berat yang hilang adalah berat air atau berat lemak.

Apabila mula berdiet, adalah perkara biasa bila berat badan turun dengan cepat pada awalnya. Tetapi lama-kelamaan, penurunan berat badan seakan mula berhenti atau apa yang dipanggil sebagai PLATEAU. Ini kerana, berat yang turun dengan konsisten pada awal tadi adalah berat air, bukannya berat lemak.

Sebab itulah GreenAard sediakan weight loss tracker card untuk memantau progres penurunan berat badan dan saiz pinggang pada 10 hari pertama.

Kenapa?

Kerana dalam tempoh 10 hari, sekiranya berat badan anda tidak berganjak, maknanya something wrong with your body. Kalau air pun tak turun, let alone lemak.

Angka yang terpapar pada skala penimbang ketika menimbang berat adalah berat every single thing in our body - lemak, air, tulang dan otot. Sebahagian besar berat yang hilang di awal adalah air.

Apabila kita mengehadkan pengambilan kalori [dari makanan], badan menggunakan glikogen untuk sumber tenaga. Glikogen adalah gula simpanan yang tersimpan di otot dan hanya digunakan apabila diperlukan.

Menariknya tentang glikogen, ia menahan air. Setiap gram glikogen menahan 3 gram air. Oleh itu, apabila badan menggunakan glikogen [samada melalui sekatan makanan atau bersenam], badan akan kehilangan air. Air ini akan bertambah kembali setiap kali kita makan.

Itulah sebabnya kenapa kita mudah dapati berat turun naik dengan cepat. Jumlah air yang ditampung badan bergantung pada banyak perkara seperti hormon dan kuantiti air yang diminum. Sebab itu, jangan terlalu fokuskan pada berat penimbang, kita mudah untuk merasa kecewa.

Berat yang sihat turun sekitar 430g seminggu. Bermakna, dalam sebulan, you can expect berat turun sekitar 1.5-2kg. Body fat yang normal pula turun sekitar 1-2% dalam sebulan. So, if you're seeing drops that are greater than that, it's likely from water, not fat.

Begitu juga dengan kenaikan berat badan. Kalau semalam berat 70kg, dan hari ini 72kg, that's probbaly excess water. Untuk menambah berat lemak sebanyak 2kg, kita perlu makan lebih kurang 10,000 kalori dan ini sangat mustahil untuk dibuat dalam masa 1 hari. Jadi, kalau berat bertambah mendadak begitu, jangan panik.

 

Diana Ishak
Read more

Berat berlebihan merosakkan sendi

Tidak ada diet yang magic untuk menyembuhkan sakit sendi. Tidak ada makanan khas atau special eating plan yang dapat mengurangkan sakit sendi. Diet yang seimbang penting untuk tahap kesihatan secara keseluruhan. But when it comes to managing sakit sendi, satu perkara terpenting yang boleh dilakukan ialah mengawal berat badan.

Berat badan berlebihan memberi tekanan pada sendi, terutama lutut, menyebabkan kesakitan dan kerosakan sendi bertambah. Overweight 10kg akan menambahkan tekanan pada lutut sebanyak 30-40kg.

Sekiranya pernah cuba dan gagal menurunkan berat badan sebelum ini, jangan putus asa. Tak perlu hilang banyak untuk melegakan sakit sendi. Bayangkan kalau overweight 10kg bersamaan pressure 30-40kg, bermakna, dengan menurunkan berat sebanyak 5kg pun dah boleh mengurangkan half of the tekanan.

Ramai orang set goals too high. If you begin with unreasonable goals, you’re going to be disappointed. Buat target yang masuk akal. Mulakan dengan 2-3kg pada bulan pertama. Atau start out with a goal menurunkan berat badan anda sebanyak 5% dulu. Setelah mencapai first goal, tetapkan goal lain untuk hilangan 5% lagi. Menetapkan goal yang masuk akal adalah penting lebih-lebih lagi bila ada sakit sendi kerana aktiviti fizikal mungkin terhad.

GC Plus membantu memudahkan perjalanan weight loss anda. Ada yang nak cuba? Sebelum itu, pastikan :

- tidak mengambil birth control
- tidak mengambil ubat-ubatan hospital secara rutin
- tidak mengambil ubat darah tinggi
- tidak ada PCOS atau thyroid problem
- BMI exceed normal range. BMI yang ideal tak perlu ambil GC Plus.

Sekiranya lulus check list di atas, whatsapp kami untuk dapatkan GC Plus, 012-7728976.

Diana Ishak
Read more

Ke Mana Perginya Lemak Badan Ketika Berdiet?

Apa yang berlaku pada lemak badan ketika kita menurunkan berat badan?
Adakah lemak dikeluarkan dari badan melalui peluh, air kencing, najis besar atau melalui hembusan nafas?

Sekiranya kita overweight, ini bermakna kita dah ambil banyak kalori daripada yang digunakan. Kalori berlebihan ini disimpan dalam bentuk TRIGLISERIDA. Trigliserida adalah komponen dalam kolesterol.

Lama kelamaan, lebihan kalori ini membentuk lebihan lemak yang boleh mempengaruhi bentuk badan. Sebab itulah antara punca kenapa berat badan susah turun boleh jadi kerana TRIGLISERIDA yang tinggi. Check kolesterol untuk kepastian.

Semasa berdiet, badan menggunakan sedikit kalori daripada yang diperlukan. Akibat kekurangan kalori ini, badan menggunakan lemak untuk tenaga. Ketika proses penurunan lemak, sel-sel lemak secara drastik mengecut mengakibatkan perubahan komposisi badan.

Apabila badan menggunakan [membakar] lemak, badan akan memberikan petunjuk :

a. Badan mengeluarkan peluh.
b. Kerap kencing.

Siapa sini yang setelah guna GC Plus badan jadi kuat berpeluh dan kerap buang air kecil?

"Kalau berhenti guna GC Plus, berat naik semula tak?"

Perlu faham bahawa apabila badan hilang lemak, sel-sel lemak hanya menegcut tetapi TIDAK HILANG. Bilangan sel lemak kekal. Sel lemak ini berada dalam mode "standby" untuk diisi semula. Kalau berat badan menaik setelah berhenti GC Plus, itu adalah kerana anda tak jaga makan.

Basic Value Pack adalah WEIGHT LOSS COMBO yang membantu menurunkan berat badan sekaligus merendahkan tahap kolesterol [trigliserida]. Setiap pek Basic Value Pack menerima 1 sample Cleansing Gel 25ml.

Whatsapp 012-7728976

Diana Ishak
Read more

Faedah Menurunkan Berat Badan untuk Penghidap Artritis

Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting kerana ini mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Tetapi ramai yang tak tahu berat badan yang ideal juga dapat meredakan artritis dan membantu ubat artritis berfungsi dengan lebih baik.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengekalkan berat badan supaya dapat meredakan artritis :

[a] Kurangkan tekanan pada sendi.
Setiap kali berat turun sebanyak 453 gram, tekanan 1.8kg hilang dari lutut. Dengan kata lain, menurunkan berat badan hanya 4.5kg boleh menghilangkan 18kg tekanan dari lutut.

[b] Menurunkan Tahap Asid Urik dan Kemungkinan Serangan Gout.
Penurunan berat badan bermanfaat bagi orang yang ada gout DAN gemuk. Menurunkan berat badan akan menurunkan kadar asid urik dan risiko serangan gout dapat dikurangkan.

[c] Memperlahankan degenerasi tulang.
Bila berat badan meningkat, tulang akan membawa beban yang lebih dan ini memberi tekanan kepada tulang. Semakin banyak penurunan berat badan, semakin kurang tekanan pada tulang makan semakin rendah kadar pereputan tulang.

[d] Mengurangkan Aktiviti Penyakit.
Menurunkan berat badan dapat mengurangkan keseluruhan artritis. Orang yang menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 5kg, aktiviti penyakit akan berkurangan berbanding mereka yang tidak menurunkan berat badan. Ia menghasilkan kesan positif pada pengurangan aktiviti penyakit pada sendi dan kulit.

[e] Mengurangkan keradangan.
Lemak adalah tisu aktif yang mencipta dan membebaskan bahan kimia pro-radang. Dengan mengurangkan simpanan lemak dalam badan, keradangan keseluruhan badan akan turun. Kegemukan dapat mengaktifkan dan mengekalkan keradangan seluruh badan.

Menurunkan berat badan memang susah, tetapi jika berat badan berlebihan pun tidak akan memberikan banyak kesan positif. Sekiranya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan untuk sakit sendi/gout, bolehlah cuba GC Plus. GC Plus memang bukan ubat untuk merawat sendi/gout, tetapi ia membantu menurunkan berat badan. Bila berat berkurangan, akan melegakan kesakitan.

 

Diana Ishak
Read more

Bagaimana Berat Mempengaruhi Risiko Saya untuk Mendapat Penyakit Buah Pinggang?

Mungkin sudah tiba masanya untuk menurunkan berat badan bagi yang sudah lama overweight. Mengekalkan berat badan yang ideal adalah penting untuk kesihatan keseluruhan, termasuk buah pinggang. Berat badan yang berlebihan atau gemuk boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang dengan beberapa cara yang berbeza.

Pepatah ada menyebut "One thing leads to another." Berat badan berlebihan meningkatkan risiko diabetes dan tekanan darah tinggi. Diabetes dan tekanan darah tinggi adalah dua penyebab utama penyakit buah pinggang.

Berat badan berlebihan dalam jangka masa yang panjang memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menyaring sisa di atas tahap normal. Lama kelamaan, kerja tambahan ini meningkatkan risiko penyakit buah pinggang kerana buah pinggang harus bekerja lebih keras.

Ringankan badan anda untuk melindungi buah pinggang. Antara caranya, kawal Indeks Jisim Tubuh (BMI). Angka BMI memberi gambaran kasar mengenai jumlah peratus lemak dalam badan.

BMI normal biasanya antara 18 dan 25. BMI antara 25 hingga 30 dianggap berat badan berlebihan. BMI yang lebih besar daripada 30 dianggap obes.

Dalam kes yang tertentu, mungkin berat badan kita lebih tinggi berbanding dengan orang lain, tetapi mempunyai BMI yang normal. Ini berlaku jika berat badan didominasi oleh otot. Memiliki lebih banyak otot daripada lemak adalah sihat. Sebab itulah BMI hanyalah gambaran kasar. Untuk lebih tepat, kawal body fat.

Periksa buah pinggang anda. Hanya perlu dua ujian mudah : ujian darah dan air kencing. Kawal gula darah jika anda menghidap diabetes. Kawal tekanan darah jika anda mempunyai tekanan darah tinggi.

 

Diana Ishak
Read more

Makan Protein Terlalu Banyak - Apa Risikonya?


Kita mungkin biasa dengar diet protein seperti Atkins.

Diet Paleo berbeza sedikit berbeza dari Atkins dari segi nisbah makronutrien, tetapi biasanya tinggi dengan protein.

Diet keto pula menekankan pengambilan lemak, tetapi proteinnya juga tinggi.
Diet berasaskan tumbuhan juga boleh mengandungi protein yang tinggi.

The thing is, walaupun protein adalah makro nutrien yang diperlukan badan dan dikategorikan sebagao healthy, makan protein dengan terlalu banyak masih ada risiko yang tidak baik terhadap kesihatan.

Protein membantu membina dan memperbaiki otot, organ, dan tulang. Diet protein terbukti membantu mengurangkan lemak, menurunkan berat badan, meningkatkan rasa kenyang dan mengekalkan otot (supaya otot tak mengecut).
Walau bagaimanapun, mengambil protein yang tinggi untuk jangka masa panjang boleh menjadi bahaya.


Berat badan

Protein boleh menyebabkan penurunan berat badan, tetapi jenis penurunan hanyalah jangka pendek. Lebihan protein yang diambil biasanya disimpan sebagai lemak, sementara lebihan asid amino dikeluarkan. Ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan dari masa ke masa, terutamanya jika kita tak sedar protein yang diambil mengandungi kalori tinggi.

INGAT! Protein menggantikan karbohidrat, tetapi tidak menggantikan lemak.

 

Nafas berbau

Makan terlalu banyak protein menyebabkan bau mulut, terutamanya jika kita sekat pengambilan karbohidrat. Bau mulut terjadi kerana badan mengalami keadaan metabolik yang disebut ketosis, yang menghasilkan bahan kimia yang mengeluarkan bau busuk. Ketika ini berlaku, FLOS TIDAK AKAN MENGHILANGKAN BAU.


Sembelit

Diet protein tinggi biasanya rendah serat. Kalau nak teruskan juga dengan diet protein, banyakkan minum air dan paksa diri mengambil buah dan sayur yang banyak untuk mencegah sembelit.


Cirit-birit

Kalau sumber protein yang diambil adalah dari susu atau makanan proses, terlalu banyak susu atau processed food boleh menyebabkan cirit-birit. This is especially true bila badan tidak toleran terhadap laktosa (lactose-intolerant). Mengambil too much protein dari sumber daging goreng, ikan goreng, dan ayam goreng boleh contribute kepada cirit-birit.


Dehidrasi

Badan membuang lebihan nitrogen dalam bentuk cecair. Ini boleh menyebabkan badan mengalami dehidrasi walaupun kita tak merasa dahaga. Ketika pengambilan protein meningkat, tahap hidrasi menurun. Kesan ini dapat dikurangkan dengan meningkatkan pengambilan air.


Kerosakan buah pinggang

Pengambilan too much protein boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Ini kerana bila terlalu banyak protein dalam badan, asid amino akan disingkirkan. Lebihan nitrogen dalam asid amino menyebabkan buah pinggang harus bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya.


Kehilangan kalsium (menyebabkan tulang mereput)

Protein yang berbeza mempunyai muatan asid yang berbeza, maka kesan asidogeniknya juga berbeza. Diet yang kaya dengan protein menyebabkan kehilangan kalsium yang berlebihan kerana kandungan asidogeniknya.

 

Diana Ishak
Read more

Bagaimana Gula Mempengaruhi Badan


Ramai yang dah tahu bahawa makan terlalu banyak gula tidak baik untuk kesihatan, yet we are still overdoing it. Minuman manis, candy, dan produk susu pekat adalah antara sumber gula tambahan. Tetapi makanan seperti roti, sos, dan protein bar juga boleh mempunyai gula.

Gula tambahan sukar ditemui pada label produk makanan kerana ia boleh datang dengan pelbagai nama seperti sirap jagung, nektar, gula tebu, atau sukrosa. Berikut ini adalah bagaimana gula boleh merosakkan kesihatan - dari kepala hingga kaki.


Otak
Kerap mengambil makanan/minuman manis membuatkan otak anda lonjakan besar bahan kimia yang disebut dopamin. Badan yang tinggi dopamin lebih cenderung menginginkan makanan manis yang berterusan. Kalau kita selalu mahukan coklat, ice cream atau dessert selepas makan lunch/dinner, puncanya adalah kerana badan sudah tinggi dopamin.

Jika terlalu banyak mengambil gula, gula akan mempengaruhi mood secara total. Jika sudah sampai ke tahap ini, seseorang akan sentiasa mengambil makanan manis untuk menceriakan moodnya. Pengambilan gula yang tinggi boleh mennjadi contributor kepada kemurungan.


Sendi

Sekiranya mengalami sakit sendi, berhentilah ambil makanan/minuman manis. Makan banyak gula terbukti memburukkan lagi sakit sendi kerana meningkatkan risiko rheumatoid arthritis.


Kulit
Gula menjadikan usia kulit cepat menua. Ini kerana, gula berlebihan melekat pada protein dalam aliran darah dan menghasilkan molekul berbahaya yang disebut "AGEs". AGEs menuakan kulit, merosakkan kolagen dan elastin, menjadikan kulit cepat berkedut dan kendur.


Hati
Sebilangan besar gula tambahan mengandungi fruktosa. Fruktosa diproses di hati. Di hati, fruktosa dipecahkan menjadi lemak. Jika jumlah fruktosa besar, ia dapat merosakkan hati. Ini menyebabkan:

- Penyakit hati berlemak : penumpukan lemak berlebihan di hati.
- Steatohepatitis : fatty liver yang boleh memutuskan bekalan darah ke hati.


Jantung
Apabila makan gula berlebihan, insulin yang dipam dengan banyak ke dalam darah boleh mempengaruhi arteri di seluruh badan. Ini menyebabkan dinding arteri meradang, menjadi lebih tebal dari biasa dan lebih kaku. Ini boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok.


Buah Pinggang
Sekiranya ada diabetes, terlalu banyak gula menyebabkan kerosakan buah pinggang. Bila kadar gula darah mencapai jumlah tertentu, buah pinggang mula mengeluarkan gula berlebihan ke dalam air kencing. Sekiranya dibiarkan tidak terkawal, diabetes boleh merosakkan buah pinggang.


Berat Badan
This probably isn’t new to you,, tetapi semakin banyak gula yang diambil, semakin susah berat badan turun. Orang yang makan/minum manis cenderung menjadi gemuk daripada mereka yang tidak. Badan boleh naik sekitar 900g dalam masa kurang dari 2 minggu. Ini kerana gula mampu membiakkan sel-sel lemak.

Ingat! Sel lemak yang yang sudah bertambah TIDAK AKAN berkurangan walaupun badan sudah susut. Sel lemak hanya akan mengecut sahaja. Kalau tak jaga makan, badan mudah menaik semula kerana sel lemak sedia ada dah standby.

Diana Ishak
Read more

Karbohidrat Kompleks - Sabotaj Diet

Mengambil terlalu banyak refined carbs [karbohidrat yang diproses] bukan sahaja mengurangan nutrien, tetapi meninggikan risiko mendapat penyakit metabolik kronik seperti diabetes dan penyakit jantung. Jika dibandingkan dengan karbohidrat yang belum diproses, refined carbs menurunkan tgermal effect makanan menyebabkan berat badan bertambah dan metabolisme menjadi perlahan.

Refined carbs termasuklah sukrosa [table sugar], fruktosa dan makanan yang mengandungi bahan-bahan ini seperti air bikarbonat, kordial, jelly, pengawet, pastri dan desserts. Sumber utama refined carbs dalam makanan adalah makanan yang dibuat dari tepung. Refined carbs ada indeks glisemik yang tinggi, yang meningkatkan tahap gula dalam darah. Dengan kata lain, pengambilan refined carbs dengan banyak dan rutin akan meningkatkan risiko diabetes jenis 2.


Kehilangan Nutrient

Penghasilan tepung gandum adalah contoh yang paling senang nak faham. Biji gandum dikisar untuk memecahkan lapisan luar [outer bran] bagi menghasilkan tepung dengan tekstur yang lebih halus. Tetapi semasa proses ini, kebanyakan serat, asid lemak, vitamin E, vitamin B dan mineral penting dibuang. Walaupun sebilangan besar vitamin B dan zat besi dimasukkan ke dalam tepung untuk menghasilkan tepung yang diperkaya, kualiti tepung tetap lebih rendah daripada biji gandum yang belum diproses.


Thermic Effect

Thermic effect tu apa?

Ok, itu adalah metabolisme yang meningkat kerana pengambilan makanan. Maksudnya tenaga yang kita dapat setelah makan. Tetapi, nak mencernakan refined carbs perlukan tenaga yang banyak kerana strkturnya yang kompleks. Akhirnya refined carbs tak memberikan tenaga yang banyak pun untuk badan menyebabkan kita sentiasa mahu makan lagi.


Berat badan bertambah

Pengambilan refined carbs yang berlebihan akan meningkatkan jisim lemak dan berat badan. Makanan berasaskan refined carbs diserap dengan cepat oleh badan, jadi kadar glukosa darah naik dengan cepat. Ini menyebabkan pankreas menghasilkan banyak insulin untuk mengelakkan glukosa darah menjadi terlalu tinggi. Senario ini merangsang hati mengeluarkan trigliserida. Trigliserida membuatkan jisim lemak bertambah. Peningkatan jisim lemak akan menurunkan kadar metabolisme. Bila metabolisme rendah, berat badan pun susah diturunkan. Nampak tak turutannya?


Trigliserida adalah komponen dalam Total Kolesterol. Sebab itulah menurunkan berat badan boleh menurunkan kolesterol. Begitu juga ketika susah menurunkan berat badan, boleh jadi kolesterol anda tinggi [tyigliserida]. Sebab itulah BASIC VALUE PACK adalah weight loss booster. Mengandungi GC Plus untuk meningkat jisim otot dan Nutrijuice untuk menurunkan kolesterol.

Maklumat lanjut, whatsapp 012-7728976

 

Diana Ishak
Read more

Cravings - Menyumbang kepada pertambahan berat badan


Keinginan [cravings] yang kuat untuk makan makanan tertentu boleh menyumbang sehingga 11% kenaikan berat badan.
FOOD CRAVINGS ARE REAL BUT MANAGEABLE.

Keinginan makanan tertentu boleh meningkat apabila sedang menonton TV, sedang sedih atau sedang bosan. Sekiranya tidak boleh berhenti mengambil makanan-makanan ini sekaligus, jangan torture diri sendiri. Lebih baik makan sedikit makanan tersebut and move on.

Bila kita makan sedikit makanan tersebut, keinginan ini akan cepat berlalu, membuatkan hormon kortisol kembali menurun sekaligus mengurangkan rasa lapar dan stress. Yang penting, jangan ambil terlalu banyak. Cukup sekadar melepaskan keinginan.

Dari sudut psikologi, apabila kita mengehadkan diri dari memakan sesuatu, itu boleh membuatkan kita makan berlebihan kemudian. Daripada 'mengharamkan' makanan tersebut terus, cubalah ambil sedikit untuk melegakan keinginan. Ini membantu memastikan weight loss program mampu diteruskan dan jadi lebih menyeronokkan.

Contohnya, kalau teringinkan pizza, makanlah 1-2 keping. Perrcayalah, keinginan yang terpenuhi ini membuatkan anda mampu bertahan tanpa pizza for at least 1 more month!

Berbanding jika anda menahan diri dari memakan pizza, setiap hari anda akan 'berperang' dengan craving. Inilah yang buatkan ramai orang giveup dengan diet program.

Dengan kata lain, belajarlah cara mengambil makanan tanpa berlebihan, insyallah, you can enjoy them while still making progress. Kuncinya di sini adalah memanjakan keinginan anda sekali-sekala. 

Diana Ishak
Read more

Mengapa masalah perut [gastrik] boleh menyebabkan gangguan tidur dan berat badan.

Gangguan pencernaan, sembelit, pedih ulu hati, dan loya bukan sahaja tidak selesa dan menyakitkan tetapi boleh mendatangkan masalah yang lebih teruk lagi.

Sekiranya gangguan ini datang pada waktu malam, pasti buatkan anda susah tidur. Ketika kita tidak cukup tidur, masalah gastrik ini tidak akan selesai malah berlanjutan keesokan harinya dan selalunya bertambah buruk.

Semasa tidur, badan terus berkerja - memulihkan dan memperbaiki otot. Badan memerlukan sejumlah tenaga untuk berfungsi dengan baik. Salah satu fungsi utama adalah proses pencernaan - makan, mengunyah dan memproses makanan. Tanpa tidur yang cukup, badan tidak mempunyai cukup tenaga untuk melakukan proses tersebut dengan lancar.

Otak yang letih akibat kurang tidur akan melepaskan lebih banyak ghrelin [hormon lapar] sementara otak yang tenang melepaskan lebih banyak leptin [hormon kenyang].

Semakin banyak makanan bergula dan berlemak yang dimakan, semakin naik ukuran pinggang dan semakin bermasalah proses pencernaan dan buang air besar. 

Bila berat badan berlebihan, gejala gastrik boleh menjadi bertambah buruk. Orang yang overweight lebih mudah mendapat sakit dada atau refluks asid selepas bangkit dari tidur dan kualiti tidur juga sangat rendah. Mudah letih walaupun baru lepas bangun dari tidur. 

Apabila letih, badan cenderung makan apa sahaja untuk mendapatkan tenaga dengan cepat. Akibatnya kita sering mengambil kafein dan gula berlebihan. Kedua-duanya tidak bagus untuk pencernaan dan berat badan. 

Masalah tidak berhenti di situ. Kurang tidur juga menyebabkan selera makan meningkat dan badan mula menginginkan kudap-kudapan dan makanan manis yang boleh yang menyebabkan punca masalah penghadaman. 

Dengan semua ketidakselesaan dan gangguan ini, tidak hairanlah kita akhirnya merasa tertekan. Tekanan itu sendiri menyumbang kepada imsomnia, pedih ulu hati dan berat badan susah untuk turun.

Jadi dah nampak kan betapa weight loss bukanlah semata-mata mengurangkan makan tetapi lebih dari itu. Weight loss is not a competition but a journey. Slowly but steadily.

Diana Ishak
Read more
106 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart