Bolehkah berat badan turun tapi lemak perut tak berubah?

Oleh kerana ramai yang berusaha menurunkan berat badan, satu persoalan yang timbul ialah sama ada penurunan berat badan sentiasa membawa kepada pengurangan lemak perut. Ok. Walaupun weight loss secara amnya mengurangkan lemak, the answer to this question is not always straightforward. Secara umum, weight loss berlaku apabila terdapat pengurangan kalori. Ini bermakna badan membakar lebih banyak kalori daripada yang anda makan. Apabila ini berlaku, badan mula membakar lemak tersimpan untuk tenaga, mengakibatkan weight loss berlaku. 

Walau bagaimanapun, lemak badan kita tidak bertumpu pada satu tempat sahaja. Lemak dalam badan teragih ke seluruh badan. Ini memberi kesan kepada bagaimana dan di mana lemak berkurangan. Bagi kebanyakan orang, perut adalah kawasan biasa lemak cenderung terkumpul. Lemak jenis ini dipanggil lemak visceral dan ia mengelilingi organ seperti hati, pankreas dan usus. Walaupun berlaku penurunan berat badan, lemak viseral dalam perut mungkin tidak berkurangan seperti yang diharapkan. Ini kerana kadar kehilangan lemak dipengaruhi juga oleh faktor genetik, hormon, umur dan jantina.

Jadi, walaupun ada pengurangan berat badan secara keseluruhan, ada kemungkinan anda masih mempunyai lebihan lemak di perut. Lemak perut berbeza dengan lemak pada pinggang. Walaupun kedua-dua jenis lemak ini terletak di kawasan badan yang sama, terdapat perbezaan yang perlu difahami. Lemak perut, juga dikenali sebagai lemak visceral, terletak jauh di dalam perut dan mengelilingi organ penting seperti hati dan usus. Lemak jenis ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan diabetes. Lemak jenis ini bukan semata-mata kerana pertambahan berat badan. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan.

Lemak pinggang, sebaliknya, terletak betul-betul di bawah kulit. Lemak jenis boleh berkumpul di sekitar pinggang. Walaupun ia tidak membawa risiko yang sama seperti lemak perut, lemak pinggang yang berlebihan menyumbang kepada masalah rintangan insulin. Lemak pinggang adalah ukuran pengagihan lemak badan dan bukannya jumlah lemak. Pengukuran lilitan pinggang yang tinggi adalah petunjuk obesiti.

Secara umum, wanita sepatutnya mempunyai ukur lilit pinggang kurang daripada 34 inci, dan lelaki harus kurang daripada 40 inci. Cuba check lilitan pinggang masing-masing, berapa inci? (tali pita pengukur mesti lalu di atas pusat). Kalau agak-agak dah nak mencecah 34 inci, apa kata cuba GC Plus.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart