Tahukah anda tidak minum air yang mencukupi boleh menyebabkan berat badan bertambah?

Apabila tidak cukup minum air, badan cenderung bloat up. Kurang minum air akan membuatkan badan sukar menurunkan berat kerana dehidrasi. Untuk mengekalkan metabolisme dan fungsi badan yang lain, penting untuk memastikan diri terhidrat. Tetapi kurang aktiviti fizikal dan tinggal di dalam rumah sahaja menjadikan kita kurang dahaga dan akhirnya kita kurang minum air–menjadikan badan dehidrasi.

Apabila badan kurang air, isyarat pada otak tidak berfungsi dengan baik. Dehidrasi menghilangkan isyarat dahaga dan menghantar isyarat lapar, membuatkan anda cenderung untuk makan lebih banyak. Apabila badan dehidrasi, berlaku kehilangan tenaga dan anda berasa letih untuk menambah tenaga itu, anda cenderung untuk makan lebih banyak dan akhirnya membawa kepada penambahan berat badan. Dalam kes ini, badan craves gula dan makanan berlemak - yang merupakan tekanan sebenar yang menyebabkan berat bertambah.

Kesihatan usus turut terjejas akibat kurang pengambilan air. Badan tidak akan menghasilkan jus pencernaan yang mencukupi, metabolisme akan jatuh dan akhirnya penambahan berat badan berlaku. Selain dari itu, apabila badan kurang air, pengambilan glukosa oleh insulin menjadi perlahan, yang membawa kepada tahap glukosa darah yang tinggi. Apabila tidak minum air yang mencukupi, glukosa dalam darah menjadi lebih pekat, membawa kepada lonjakan paras gula dalam darah. Dehidrasi juga menyebabkan sembelit dan pergerakan usus tidak lancar yang secara langsung ada hubungan dengan penambahan berat badan. Inilah antara fakta-fakta sains yang anda perlu tahu dalam perjalanan menurunkan berat badan - ianya tidak sekadar KURANG MAKAN, tetapi prosesnya lebih dari itu. Semoga selepas ini, dengan fakta-fakta yang kami nyatakan, menjadikan perjalanan weight loss anda lebih mudah.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart