Berat saya bertambah bila bersenam. Kenapa?

Hari-hari bersenam macam nak rak! Dengan joggingnya, dengan sit-upsnya, dengan lompat kataknya. Tetapi bila timbang berat, berat bertambah! Kenapa?

Ok, pertama sekali perlu diingat bahawa situasi ini tidak berlaku pada semua orang, jadi jangan jadikannya alasan untuk takut bersenam. Walau bagaimanapun, sekiranya ini berlaku, lebih-lebih lagi jika anda sedang berdiet, kemungkinan besar itu bukan pertambahan lemak tetapi pertambahan berat air yang bersifat SEMENTARA.

Bersenam mengakibatkan koyakan kecil pada gentian otot (microtrauma). Sebab itulah selepas bersenam kita mudah rasa sakit-sakit badan. Dalam masa yang sama badan berusaha untuk menyembuhkan koyakan kecil tersebut. Cara penyembuhan koyakan kecil ini adalah, badan akan menghasilkan bahan perantara (cecair) yang bergerak ke kawasan koyakan dengan membawa bersama sel darah putih. Pergerakan ini membuka saluran darah dan sel darah putih akan menyingkirkan toksin dan serpihan koyakan tadi. Aktiviti yang berlaku di kawasan koyakan ini akhirnya menyebabkan keradangan dan membengkak.

Bahan perantara (cecair) yang diperlukan untuk melawan keradangan tadi sudah tentu memberi sedikit pertambahan pada berat badan. Sebab itulah ianya bersifat sementara. Dan sudah tentu, mengambil makanan yang sihat dan berehat dengan cukup membantu badan (koyakan kecil pada gentian otot) pulih dengan cepat. Sebab itulah seseorang tidak disarankan bersenam setiap hari kerana badan memerlukan masa untuk merawat gentian otot yang koyak. Apabila anda bersenam setiap hari, cecair (bahan perantara) akan sentiasa berkumpul, dan inilah yang membawa kepada pertambahan berat pada angka penimbang. Tetapi apa-apa pun, kunci utama adalah CONSISTENCY. Badan anda sedang menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup dan diet apatah lagi bila mengambil GC Plus. Berikan masa kepada diri sendiri.

Satu lagi sebab kenapa berat badan bertambah apabila bersenam dan berdiet adalah kerana badan menambah otot. Sekiranya berat bertambah 1 kg ketika mengambil GC Plus, itu adalah NORMAL. Ini kerana GC Plus menambahkan jisim otot. Pertambahan jisim otot akan membuatkan angka penimbanga bertambah sedikit, tetapi apa kata cuba ukur lilitan pinggang. PASTI BERKURANGAN!

"Saya tak faham macamana berat badan bertambah tetapi saiz pinggang berkurangan?"

Kerana, ketika jisim otot bertambah, metabolisme juga bertambah. Metabolisme yang bertambah akan meningkatkan pembakaran lemak. Pertambahan otot inilah yang menyebabkan berat badan bertambah pada awal pengambilan. Anda akan nampak mungkin peha lebih besar berbanding sebelumnya. Ini adalah kerana pertambahan otot di bawah tisu adipos telah menolak lemak keluar yang mengakibatkan peha nampak lebih besar.

Berikan masa kepada badan. Be patient. Apabila lemak dibakar menjadi tenaga, anda akan dapat kaki idaman. Anda mesti ingat dalam misi weight loss, yang hendak dikurangkan adalah LEMAK, bukan semata-mata ANGKA pada penimbang. Sejauh mana lemak telah berkurang dapat dilihat pada saiz pinggang. Lama-kelamaan angka pada penimbang berat akan menurun juga, apabila lemak semakin kurang.

Sesetengah pengguna GC Plus kurang sabar dan ingin hasil (turun berat badan) nampak dengan segera tanpa mengetahui bahawa ada banyak perkara yang perlu dilalui oleh badan dalam proses weight loss ini. Antara kesilapan orang-orang yang bersenam adalah, mereka overestimate kalori yang telah diguna oleh badan dan underestimate kalori yang ada dalam makanan yang mereka makan. Selalunya selepas bersenam mereka akan mengambil makanan yang light meal tetapi sebenarnya tinggi kalori.

Orang-orang ini tidak tahu bahawa kalori dalam makanan sebenarnya jauh lebih tinggi dari kalori yang telah mereka buang ketika bersenam. Tahu tak anda perlukan 2 jam senaman kardio untuk membakar kalori SEBIJI DONUT? Lebuh baiklah makan nasi. Satu cawan nasi baru 40 g karbohidrat. Badan perlukan 130 g karbohidrat sehari. Tiga kali makan nasi, baru 120 g. Makan dengan lauk sayur (fiber), ikan (protein) dan ayam panggang (protein). Lebih kenyang.

Bila pengguna GC Plus kata "Kenapa saya semakin berat sedangkan saya ambil GC Plus dan bersenam. Sepatutnya saya semakin kurus".

Ya, sepatutnya begitulah. Tetapi anda perlu tahu yang senaman sahaja tidak menyebabkan penurunan berat badan jika diet tidak dirancang dengan baik. Begitu juga dengan mereka yang hanya bergantung kepada GC Plus untuk dapatkan berat ideal (tanpa bersenam). GC Plus boleh bantu meningkatkan metabolisme badan supaya pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat dari biasa, tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa sekiranya anda makan tanpa kawalan. Tukar diet bukan bermaksud tahan lapar dan sekat makan, tetapi makan berpada-pada. Pilih yang tidak ada gula. Itu lebih baik. Barulah proses turun berat menjadi lebih cepat.

Ada yang merasakan apabila sudah bersenam selama 2 jam maka it's ok untuk makan lebih. Look, makanan bukanlah sejenis reward, ya. Makanan akan membuatkan badan perlu membakar kalori dengan lebih banyak berbanding kalori yang dibakar ketika bersenam. Mereka yang hanya makan sekali sehari juga selalu beranggapan badan akan lebih cepat kurus. Ini anggapan yang sama sekali salah! Kurang makan atau pemilihan makanan yang salah akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon pada badan dan badan boleh berhenti terus dari membakar lemak. 

Don't give up! Berikan masa untuk pertambahan berat badan itu 'mencari jalan keluar'. Jika tidak ada perubahan juga, step back dan lihat sekiranya ada aspek-aspek lain dalam diri anda yang perlukan penelitian. Jika mahu mencuba GC Plus, whatsapp 012-7728976. Pastikan:

  • tidak mengambil ubat darah tinggi
  • tidak mengambil steroid atau ubat anti-depressant
  • tidak ada masalah buah pinggang
  • tidak ada masalah thyroid atau PCOS
  • nyatakan tinggi dan berat terkini
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart