Haid yang kerap petanda hormon sihat.

Sebagai seorang wanita yang mengalami haid secara teratur, pernahkah terfikir apa makna "haid teratur" pada badan kita? Tempoh haid yang teratur ditakrifkan sebagai kitaran yang berlaku setiap 21 hingga 35 hari, berlangsung selama 2 hingga 7 hari. Jika seseorang mempunyai haid yang teratur, ini menunjukkan bahawa badannya berfungsi dengan baik dan hormon berada dalam keseimbangan. Haid yang teratur menunjukkan bahawa ovulasi sedang berlaku, dan badan menghasilkan jumlah hormon yang diperlukan. Sebaliknya, haid yang tidak teratur boleh menjadi tanda masalah kesihatan seperti PCOS, gangguan tiroid atau keabnormalan sistem pembiakan.

Mempunyai haid yang teratur bermakna badan mampu untuk berovulasi. Ini penting untuk kesuburan. Jika haid tidak teratur, sukar untuk hamil kerana badan tidak mengalami ovulasi secara teratur. Haid yang teratur menandakan badan sudah bersedia untuk hamil. Tetapi selain pembiakan, kitaran haid yang teratur mencerminkan keseimbangan dalam sistem dan fungsi badan yang lain.
Ini kerana setiap bulan haid adalah hasil daripada "perbualan" antara otak dan ovari. Dua daripada kawasan otak iaitu hipotalamus dan kelenjar pituitari adalah berkait rapat dengan kelenjar adrenal, tiroid, dan usus. Jadi apabila satu sistem terganggu, others may suffer.

Haid yang tidak teratur selalunya menunjukkan tanda-tanda isyarat terganggu di sepanjang laluan otak ke usus. Implikasinya dirasai di seluruh badan. Sebagai contoh, ketidakseimbangan hormon. Haid yang kerap memberitahu bahawa hormon seks berada dalam keadaan optimum. Apabila hormon seimbang, kita rasa bertenaga, tidur lena, dan berminat dengan seks. Apabila haid tidak teratur, seseorang mudah stress, mengalami mood swing, kerap berasa letih, tidak bersemangat dan kurang berminat dengan seks.

Satu lagi contoh lain, kesihatan tulang. Keseimbangan hormon estrogen, progesteron, dan testosteron membantu memastikan kitaran haid sihat dan tulang yang sihat. Tulang adalah penjana hormon. Jika keseimbangan hormon terganggu, haid mungkin menjadi tidak teratur. Itu memberikan petunjuk bahawa pembentukan tulang baru tidak seiring dengan kerosakan tulang.

Siapa ada masalah tiroid? Perasan tak haid anda tidak berapa teratur? Apabila tiroid kurang aktif atau berfungsi perlahan, ia boleh menyebabkan keletihan, penambahan berat badan, kemurungan, kolesterol tinggi dan gejala lain. Jika tiroid sihat, haid lebih berkemungkinan menjadi teratur.

Antara semua tanda-tanda tadi, tanda yang paling ditakuti oleh kebanyakan wanita adalah kegemukan. Lemak, terutamanya di sekeliling pinggang juga menghasilkan estrogen serta leptin, iaitu hormon yang membantu mengawal selera makan. Estrogen yang terlalu banyak dalam badan (akibat lemak yang banyak) menyumbang kepada ketidakteraturan haid. Selain itu, kekurangan berat badan akibat diet ketat, senaman berlebihan, atau stress melampau juga boleh menyebabkan ketidakteraturan haid.


Perhatikan kitaran haid dalam period tracker tadi. Haid datang pada setiap bulan dalam selang masa yang tidak jauh beza. Tempoh haid juga konsisten 9 hari. Walaupun irregular periods are common, kita perlu semak kitaran haid setiap bulan. Ia membantu kita memahami badan dan melihat sebarang perubahan.


Sesiapa ada masalah kitaran haid yang tidak teratur, boleh cuba dulu Herba Rahsia Rimba. Whatsapp 012-7728976.
Diana Ishak
Read more

Wanita umur 40-an cenderung menambah berat badan

Apabila wanita berumur 40-an, terdapat kecenderungan untuk menambah berat badan yang dipengaruhi oleh faktor gaya hidup seperti pemakanan dan senaman. Apabila usia semakin meningkat, otot berkurangan secara pukal dan metabolisme semakin perlahan. Perubahan ini menyumbang kepada penambahan berat badan, perubahan kulit (kering dan hilang keanjalan), faraj kering dan rambut mudah gugur.

Perubahan tahap hormon terutamanya estrogen mempengaruhi lemak badan. Badan mula menyimpan lemak di sekeliling perut. Selain daripada penurunan paras estrogen, faktor lain yang menyumbang kepada penambahan berat badan selepas menopaus termasuk:
  • umur
  • kurang bergerak
  • sejarah keluarga obesiti
  • penggunaan ubat anti-depresan
  • kadar metabolisme menurun
  • makan banyak
Badan kita tidak memproses makanan dengan cara yang sama ketika kita masih muda. Semakin berusia metabolisme semakin perlahan. Sepinggan nasi yang dimakan ketika berusia 30an boleh menggemukkan ketika portion yang sama dimakan ketika usia 40an. Senaman yang membuang 130 kalori semalam 20 minit ketika berusia 30an, mungkin memerlukan 1 jam ketika di usia 40an.

Apabila diet terdiri daripada terlalu banyak makanan yang diproses dan gula, sel-sel badan menjadi resistan terhadap insulin. Akibat rintangan insulin, badan menyimpan lebihan glukosa sebagai lemak, yang mengakibatkan penambahan berat badan. Walaupun meminum soda diet mengurangkan kalori, kebanyakannya masih menyumbang kepada rintangan insulin. 

Perimenopause boleh bermula seawal usia lewat 30-an dan biasanya berlangsung selama beberapa tahun. Semasa perimenopause, hormon turun naik secara mendadak, yang boleh menjejaskan bentuk badan dan emosi. Ketika ini ovari secara beransur-ansur mengurangkan pengeluaran estrogen. Apabila pengeluaran estrogen berkurangan, badan berusaha untuk mengekalkan lemak dalam usaha mengekalkan keseimbangan hormon.

Selain itu, ketika menghampiri menopaus, badan menghasilkan kurang hormon progesteron. Penurunan tahap progesteron tidak menyebabkan seseorang gemuk, tetapi menyebabkan badan menahan air. Perut cenderung menjadi kembung/buncit. Untuk menghadapi simptom perimenopause dan menopause, kami cadangkan wanita mengambil Herba Rahsia Rimba.
Diana Ishak
Read more

Ladies, please be prepared for this to happen.

Seiring usia, sistem badan berubah secara semula jadi. Beberapa tisu menjadi kurang sensitif terhadap hormon. Jumlah hormon yang dihasilkan juga berubah. Tahap darah beberapa hormon ada yang meningkat, ada yang menurun, dan ada yang tidak berubah. Hormon juga dimetabolisme (dipecah) dengan lebih perlahan. Sebagai contoh, tisu endokrin menghasilkan lebih sedikit hormon bila usia meningkat ATAU tetap menghasilkan jumlah yang sama tetapi pada kadar yang lebih perlahan (Endokrin ialah rangkaian kelenjar dalam badan yang membuat hormon).

Sebenarnya, seiring bertambah usia, jumlah hormon yang dihasilkan oleh otak tetap sama, tetapi tindak balas oleh organ endokrin boleh berubah seiring bertambahnya usia. Contohnya, kelenjar tiroid terletak di leher. Ia menghasilkan hormon yang membantu mengawal metabolisme. Kemampuan weight loss ada kaitan dengan fungsi tiroid. Sebab itulah sesiapa yang ada masalah tiroid kami tak recommend ambil GC Plus kerana ada faktor hormon yang 'kacau' weight loss. Apabila usia meningkat, kelenjar tiroid menjadi 'degil' regardless ada masalah tiroid atau tidak. 'Kedegilan' kelenjar tiroid menyebabkan metabolisme mula melambat dari masa ke masa, bermula usia 35 tahun. Sebab itulah, JANGAN AIM UNTUK KURUS, tetapi aim untuk tidak overweight kerana seiring bertambahnya usia, perubahan hormon mengganggu banyak sistem badan.

Apa lagi masalah hormon yang mengganggu seiring dengan usia? Jawapannya, hormon pembiakan. Ovari dan testis menghasilkan ovum dan sperma. Ia juga menghasilkan hormon yang mengawal payudara dan janggut/misai. Usia yang bertambah menyebabkan hormon testosteron pada lelaki berkurang. Begitu juga dengan dan tahap estrogen dalam wanita menurun apabila menghampiri menopaus. Herba Rahsia Rimba memang dirancang untuk membantu mengembalikan kestabilan hormon pembiakan wanita, terutama ketika menghampiri menopaus.
Diana Ishak
Read more

Punca Jerawat Tidak Hilang

Sama ada dewasa atau remaja, tidak terlepas dari masalah jerawat. Mungkin telah mencuba pelbagai jenis produk dan kemungkinan besar produk tersebut tidak berfungsi. Salah satu isu terbesar dengan orang yang mempunyai masalah jerawat ialah, tidak memahami apa yang menyebabkannya jerawat itu terus tumbuh. Bukan semua jerawat dapat hilang menggunakan rawatan/produk yang sama. Daripada hormon kepada diet kepada produk, merawat jerawat tidak semudah menyapu krim pada muka.

Mengetahui jenis produk yang hendak digunakan boleh memberikan perbezaan besar dalam merawat masalah jerawat. Setiap formulasi berfungsi secara berbeza untuk merawat kulit. Mungkin ada yang terfikir jika menggunakan pelbagai jenis produk untuk merawat jerawat, adalah lebih baik. Penggunaan terlalu banyak produk rawatan jerawat sebenarnya memburukkan lagi kulit.

Seseorang tidak seharusnya menggunakan lebih daripada satu produk pada muka anda pada satu masa. Kebanyakan produk jerawat di pasaran cenderung dirumus untuk kulit remaja kerana peratusan remaja paling tinggi mendapat jerawat. Untuk orang dewasa, cari produk yang tidak terlalu 'keras' untuk kulit. Go for produk yang lebih banyak menggunakan bahan semula jadi. 

Ketika jerawat sedang mengganas, perhatikan diet. Makanan berminyak, coklat dan tenusu tidak menyebabkan jerawat, tetapi boleh memburukkan keadaan jerawat yang sedia ada. Pemakanan boleh menjejaskan hormon yang seterusnya boleh memburukkan jerawat. Makanan yang tinggi kandungan gula boleh menyebabkan lonjakan paras insulin yang boleh mengubah hormon dan menjejaskan kulit.

Jika menggunakan rejimen penjagaan kulit yang ketat tetapi jerawat masih tidak clear, check your diet. Jangan pernah terfikir di usia dewasa jerawat tidak akan tumbuh lagi seperti zaman remaja dahulu. Badan manusia terus-menerus mengalami turun naik hormon atas pelbagai sebab, yang boleh mencetuskan jerawat. Jerawat boleh muncul pada bila-bila masa, walaupun seseorang tidak pernah ditumbuhi jerawat 15 tahun lamanya. Lebih-lebih lagi wanita 40-an. Semakin menghampiri menopaus, hormin mula kucar-kacir.

Wanita yang mula menopaus biasanya mengalami jerawat pada masa ini, kerana tahap hormon progesteron menjadi lebih tinggi daripada estrogen (yang membantu mencegah jerawat), menyebabkan jerawat. Sebab itulah penting untuk mengetahui PUNCA JERAWAT. Boleh jadi jerawat anda bukan disebabkan oleh aktiviti bakteria pada kulit, tetapi hormon. GreenAard ada 2 produk yang boleh membantu masalah ini.

Yang pertama, CLEANSING GEL. Produk ini memang diformulasi khusus untuk kulit bermasalah seperti jerawat dan ekzema. Yang kedua, HERBA RAHSIA RIMBA. Ia bukanlah produk untuk merawat jerawat, tetapi membantu merawat masalah dalam wanita. Herba Rahsia Rimba membantu menstabilkan hormon wanita supaya kitaran haid lancar, kurang simptom menopaus, kurang simptom PMS dan mungkin membantu merawat masalah jerawat hormon.

Diana Ishak
Read more

Adakah normal mengalami kejang perut 5 hari sebelum haid?

Menstrual cramps sangat tidak selesa dan annoying. Lebih mengecewakan apabila cramp datang lebih awal sedangkan masih ada 4-5 hari lagi sebelum waktu haid. Sebenarnya, menstrual cramps sebelum haid adalah NORMAL. Tetapi ia juga boleh menjadi petanda bahawa sesuatu yang lain sedang berlaku.

Cramping berlaku akibat keadaan yang dipanggil sindrom pramenstruasi (PMS). PMS berlaku akibat perubahan hormon badan sebelum haid. Cramping selalunya disertai dengan gejala seperti perubahan mood, payudara tegang, dan keletihan. Namun, cramping tidak selalu disebabkan oleh PMS. Cramping yang berkaitan dengan PMS selalunya ringan dan berlaku di bahagian belakang (sakit pingang). Bagi menentukan samada cramping normal atau tidak, you need to consider your unique situation.

Majoriti wanita TIDAK mengalami kekejangan 5 hari sebelum haid. Sekiranya cramping adalah sebahagian daripada PMS anda, it might be perfectly fine. Tetapi jika tidak pernah mengalami cramping sebelum haid dan tiba-tiba mengalaminya, something else besides PMS might be going on. Cramping ringan adalah perkara biasa, tetapi cramping yang teruk sebelum haid are NEVER normal. Tanda-tanda cramping yang teruk:
  • cramping tidak berkurangan selagi tidak mengambil ubat.
  • semasa cramping, anda hilang fokus, susah bernafas atau susah bercakap dengan normal.
  • terpaksa berhenti melakukan aktiviti harian.
  • cramping disertai dengan sakit pinggul, terutamanya semasa hubungan seks.
  • muntah, pening, keputihan yang tidak normal, atau demam ketika cramping.
Herba Rahsia Rimba comes to rescue:
  • mengurangkan simptom PMS
  • melancarkan kitaran haid
  • menstabilkan hormon wanita
  • mengurangkan sindrom menopause
Diana Ishak
Read more

Gumpalan darah semasa haid

Darah membeku dalam aliran haid bukanlah sesuatu yang pelik. Ia merupakan kejadian semula jadi. Ramai wanita mengalami gumpalan haid pada satu-satu ketika dalam tempoh haid. Biasanya ini tak perlu dibimbangkan. Apa itu gumpalan darah haid?
  • Sejumlah besar darah haid yang keluar berketul-ketul.
  • Gumpalan biasa berlaku pada beberapa hari pertama.
  • Gumpalan darah kelihatan seperti seperti jelly yang berbeza-beza saiz dan warna.
Apa yang menyebabkan gumpalan darah haid? Semasa haid, antikoagulan dibebaskan. Antikoagulan adalah pencair darah semula jadi. Semasa aliran haid yang heavy, darah dikeluarkan lebih cepat dan antikoagulan tak ada masa yang cukup untuk memecahkan darah. Ini menyebabkan gumpalan terbentuk.

Adakah aliran darah haid saya normal? Adalah normal untuk aliran haid berubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Mungkin bulan ini darah haid bergumpal dengan banyak, tetapi bulan depan tidak ada langsung gumpalan. Gumpalan darah biasanya berwarna terang atau merah tua dan kadang-kadang boleh bercampur dengan aliran haid yang biasa [cair]. Walau bagaimanapun, jika gumpalan tebal dan banyak, serta berlaku dengan kerap, sila berjumpa doktor.

Adakah warna haid yang gelap dan heavy flow adalah normal? Kadang-kadang warna haid menjadi lebih gelap (coklat gelap hingga hampir hitam) menjelang penghujung haid. Ini adalah perubahan warna yang biasa kerana pada ketika ini hampir tidak ada darah yang berbaki.

Bila anda perlu berjumpa doktor? Bila gumpalan saiz besar terbentuk, lebih besar dari kebiasaan. Bumpalan haid terbentuk berhari-hari dan gumpalan disertai dengan demam. Bila terasa nak pening/pitam/pengsan setiap kali haid. Bila darah haid berbau berbeza dari biasa dan mendapat stomach cramp yang teruk.

Apa yang boleh Herba Rahsia Rimba bantu? Herba Rahsia Rimba membantu melancarkan alirah haid dengan mengurangkan senggugut. Ia menstabilkan hormon peranakkan supaya haid tidak tersangkut-sangkut (irregular). Di samping itu Herba Rahsia Rimba mengurangkan simptom P
Diana Ishak
Read more

Mengenai Menopaus

Mitos umpama gosip. Maklumat yang betul boleh bertukar menjadi kurang tepat (atau tidak benar sama sekali!) ketika berpindah dari orang ke orang. Mujurlah kemajuan dalam bidang sains telah membantu menapis fakta daripada fiksyen.
Penting untuk menghapuskan mitos tentang menopaus, terutamanya ketika wanita menghampiri atau sedang memulakan peralihan penting ini.

Pertama sekali, penting untuk diingat bahawa menopaus adalah suatu keadaan NORMAL dalam kehidupan wanita. Ia biasanya berlaku selepas umur 40 tahun, apabila ovari wanita tidak lagi mengeluarkan telur setiap bulan dan haid berhenti. Terdapat beberapa peringkat dalam perjalanan menopaus.

Pre-menopaus. Peringkat ini bermula selepas umur 40 tahun. Gejala perimenopaus sudah muncul secara beransur-ansur. Sesetengah wanita mungkin tidak menyedari bahawa gejala seperti haid tidak teratur, perubahan mood, masalah tidur, atau PMS yang semakin teruk adalah tanda-tanda menopaus menghampiri.

Peri-menopaus. Jika seorang wanita tidak datang haid dalam setahun, dia telah beralih ke menopaus. Pada tahap ini gejala lebih kuat, seperti hot flashes, berpeluh pada waktu malam, sukar tidur, dan gelisah.

Selepas menopaus. Dalam fasa ini, wanita kembali tenang. Pada tahap ini, gejala menopaus berkurangan atau telah hilang sama sekali.

Sama seperti permulaan haid, hamil dan bersalin, tidak ada waktu yang benar-benar tepat tentang bila menopaus bermula. Secara purata, menopaus bermula sekitar umur 52 tahun, tetapi seseorang boleh mengalami simptom seawal usia lewat 30-an. Setiap wanita berbeza waktu menopaus. Walaupun tiada cara yang pasti untuk meramalkan bila menopaus bermula, penunjuk yang baik ialah umur ibu anda mula menopaus.

Seseorang tidak dianggap sudah menopaus sehingga dia tidak datang haid selama 12 bulan berturut-turut. Ini bermakna, jika anda mendapat haid selepas tidak mengalami haid selama 11 bulan dan 29 hari, anda masih dalam perimenopause dan masih boleh hamil. Selepas setahun tanpa haid, seorang wanita tidak lagi boleh hamil.

Kekerapan dan keterukan hot flashes berbeza-beza bagi setiap wanita. Walaupun hot flashes adalah simptom menopaus yang paling biasa dan boleh berlarutan hingga dua tahun, terdapat penyelesaian yang menawarkan kelegaan. Antara yang boleh melegakan hot flashes termasuklah Terapi Penggantian Estrogen (ERT) dan Terapi Hormon Bioidentik (BHT). Walaupun hormon yang turun naik semasa menopaus menjadi punca banyak perubahan pada wanita, menopaus TIDAK SEMESTINYA jaminan berat badan bertambah.

Sebenarnya selepas usia tertentu, mengawal berat badan menjadi lebih mencabar. Walau bagaimanapun, jika mengekalkan diet yang sihat, berat badan masih boleh dikurangkan semasa menopaus. Tisu pundi kencing memang cenderung menipis semasa menopaus dan uretra menjadi lebih menonjol, menyebabkan kekerapan ke tandas. Walau bagaimanapun, senaman Kegel, rawatan estrogen dan ubat-ubatan boleh melegakan masalah ini.

Tidak semestinya setelah menopaus, keinginan untuk seks berkurang. Sesetengah wanita melaporkan peningkatan libido semasa menopaus. Libido yang rendah semasa menopaus mungkin merupakan tanda ketidakseimbangan hormon, yang boleh ditangani dengan terapi hormon.

Menopaus TIDAK menyebabkan kemurungan. Walau bagaimanapun, seseorang mungkin mengalami perubahan mood akibat ketidakseimbangan hormon semasa menopaus, yang juga boleh ditangani dengan terapi hormon. Menopaus adalah salah satu perubahan dalam hidup. Perubahan ini perlu diraikan, bukan untuk ditakuti. Jika anda mengalami gejala menopaus, penting untuk mencari penyelesaian yang melegakan gejala tersebut.

Herba Rahsia Rimba adalah produk GreenAard yang dicipta khusus untuk kesihatan dalaman wanita. Ia membantu menyeimbangkan hormon wanita yang berkaitan dengan kitaran haid, mood, gejala PMS dan menopaus.
Diana Ishak
Read more

"Adakah Gumpalan Senggugut Saya Normal?"

Kebanyakan wanita akan mengalami senggugut at some point in their lives. Senggugut adalah gumpalan darah yang bergumpal seperti gel, yang dikeluarkan dari rahim semasa haid. Gumpalan tersebut menyerupai strawberi benyek, atau seperti jem strawberi. Gumpalan berbeza dalam warna, ia boleh menjadi merah terang atau merah gelap. Jika gumpalan itu kecil - tidak lebih daripada duit syiling 50 sen dan tidak hadir di sepanjang tempoh haid, biasanya tidak perlu dirisaukan.

Adalah normal untuk aliran haid berubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Mungkin bulan ini darah haid bergumpal dengan banyak, tetapi bulan depan tidak ada langsung gumpalan. Gumpalan haid tidak berbahaya. Tetapi jika senggugut berlaku pada setiap kali datang haid, sila berjumpa dengan doktor. Semasa haid, antikoagulan dibebaskan. Antikoagulan adalah pencair darah semula jadi. Semasa aliran haid yang heavy, darah dikeluarkan lebih cepat. Antikoagulan tidak ada masa yang cukup untuk memecahkan darah. Ini menyebabkan gumpalan/senggugut terbentuk. Bagi wanita dengan aliran haid yang lebih lama atau banyak, pembentukan gumpalan senggugut boleh berpanjangan. 

"Apakah punca utama gumpalan haid?"

Faktor fizikal dan hormon boleh memberi kesan kepada kitaran haid dan mencipta aliran haid yang banyak. Aliran haid yang banyak meningkatkan peluang untuk mendapat gumpalan haid. Halangan juga boleh mengganggu keupayaan rahim untuk mengecut. Apabila rahim tidak mengecut dengan betul, darah boleh berkumpul dan membeku di dalam rongga rahim, dan membentuk gumpalan yang dikeluarkan sebagai senggugut.

Untuk dinding rahim menebal dengan betul, keseimbangan hormon estrogen dan progesteron adalah perlu. Jika terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon-hormon ini, seseorang mungkin mengalami pendarahan haid yang banyak. Satu petunjuk bahawa gumpalan darah anda adalah penyakit, ketika gumpalan saiz besar terbentuk, lebih besar dari kebiasaan. Serentak dengan itu anda merasa sangat lemah, atau sesak nafas, atau sakit dada dan kulit berubah menjadi pucat serta stomach cramp yang teruk.

"Apa yang boleh Herba Rahsia Rimba bantu?"

Membantu melancarkan alirah haid. Mengurangkan senggugut. Mengurangkan simptom PMS dan menstabilkan hormon wanita supaya haid tidak tersangkut-sangkut.

Diana Ishak
Read more

Punca seseorang mendapat SENGGUGUT.

Apa yang menyebabkan senggugut? Ramai wanita bertanya soalan ini kenapa kami. Kekejangan pada perut dan kekembungan - semuanya sudah dijangka ketika haid. Walau bagaimanapun, senggugut adalah sakit yang lebih berat. Senggugut menyebabkan kekejangan perut yang teruk berterusan selama beberapa hari. Sakit senggugut menangkap dari bahagian pinggang, ke punggung dan peha selain berdenyut pada bawah perut. Tetapi apakah yang menyebabkan senggugut?

Senggugut disebabkan oleh peningkatan pengeluaran prostaglandin, iaitu hormon yang yang menyebabkan rahim mengecut. Ketidakseimbangan tahap prostaglandin merangsang rahim untuk mengecut semasa haid. Apabila seseorang mengalami pengecutan rahim yang kuat, bekalan darah ke rahim terhenti seketika, menyebabkan saluran darah berdekatan otot rahim kehilangan oksigen dan sekaligus menyebabkan kekejangan dan ketidakselesaan yang menyakitkan.

Rahim wanita yang mengalami senggugut yang teruk mengecut lebih kuat daripada ketika melahirkan anak. Perasan tak setiap kali haid, kebiasaan buang air besar berubah? Ada yang sehari sampai 3-4 kali. Perubahan corak ini adalah kerana usus dipengaruhi oleh perubahan prostaglandin. Prostaglandin merangsang pengecutan otot di usus yang dekat dengan rahim, menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih kerap. Hormon ini membuatkan badan kurang menyerap air dan menjadikan najis lebih lembut lalu meningkatkan risiko cirit-birit atau kerap ke tandas. 

Agak sukar untuk membezakan antara kekejangan rahim dan kekejangan perut/usus ketika haid. Kedua-duanya sama-sama menyakitkan. Bagi sesetengah orang, progesteron mempengaruhi saluran gastrousus sehingga menyebabkan sembelit atau cirit-birit. Prostaglandin juga menyebabkan sakit kepala. Pada wanita yang mengalami masalah gangguan usus, haid boleh memburukkan lagi gejala. Ini juga berlaku untuk orang yang ada masalah endometriosis, fibroid rahim, dan ovarian cyst.

Progesteron juga meningkatkan rasa lapar dan menambahkan keinginan pada makanan tinggi lemak dan gula, seperti ais krim atau coklat, sedangkan badan sukar mencerna makanan ini. Memakan banyak makanan berlemak dan manis boleh mempengaruhi pergerakan usus seseorang. Perubahan tabiat pemakanan ketika haid (yang disebabkan oleh perubahan hormon) menyumbang kepada perbezaan konsistensi, keteraturan, atau bau najis sebelum atau selama tempoh haid.

Bagi membantu anda manage gangguan pencernaan ketika haid, banyakkan bergerak. Bergerak boleh melegakan kembung dan membantu usus bergerak. Jangan lupa makan HERBA RAHSIA RIMBA ikut peraturan. HERBA RAHSIA RIMBA membantu mengurangkan kekejangan dan inhibit prostaglandin.

Diana Ishak
Read more

Mengapa jangkitan Candida (yis) pada faraj berulang?

Walaupun jangkitan yis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada usia berapa pun, ada faktor tertentu yang dapat meningkatkan peluang itu. Jika jangkitan yis berlaku empat kali atau lebih dalam setahun, ini boleh dianggap jangkitan kronik. Jangkitan yis boleh berlaku berulang kali ketika yis tumbuh dengan berlebihan. Yis secara semula jadi memang terdapat di dalam badan.

Di dalam faraj, jangkitan yis berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan bakteria vagina. Bakteria membantu mencegah yis daripada membesar. Ketidakseimbangan terjadi jika terlalu banyak bakteria mati akibat antibiotik. Sangat penting untuk mempunyai keseimbangan mikroorganisma sihat dalam badan. Di sinilah makanan tambahan probiotik dapat membantu. Walaupun makanan tambahan probiotik tidak diterima sebagai rawatan untuk jangkitan yis, ia masih bermanfaat untuk menambah bakteria yang sihat pada vagina.

Yis juga cenderung membiak dalam keadaan basah, seperti peluh. Kurangnya amalan kebersihan seperti mandi dan persekitaran yang sentiasa lembap boleh menyebabkan jangkitan yis berulang-kali. Perhatian punca-punca yis boleh bertambah dalam badan:
  • sentuhan kulit ke kulit
  • aktiviti seksual
  • berpeluh, dan memakai pakaian lembap
  • spesies yis yang mampu resistant pada ubat biasa
Jangkitan yis pada faraj juga terjadi pada orang yang mempunyai sistem imun yang terganggu dan yang menghidap diabetes. Tahap estrogen yang tinggi juga antara faktor jangkitan yis yang berulang-ulang. Jika sudah dipastikan lendir yang banyak dari faraj adalah disebabkan yis, bolehlah cuba Herba Rahsia Rimba. Setelah bebas jangkitan nanti, cegah jangkitan yis dengan cara:
  • pakai seluar dalam jenis cotton yang menyerap peluh
  • pakai pakaian longgar
  • mandian setiap kali badan berpeluh
  • basuh pakaian dan tuala yang digunakan semasa mendapat jangkitan.
Jangkitan yis adalah kompleks, tetapi boleh disembuhkan. Jangkitan yis yang berulang memerlukan lebih banyak masa.


Diana Ishak
Read more

Makan terlalu sedikit boleh mempengaruhi kitaran haid.


Mengawal pengambilan kalori adalah cara yang bagus untuk menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan yang sihat. Walau bagaimanapun, jika pengambilan kalori terlalu rendah, boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini, such as missing your period.

Jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari bergantung kepada pelbagai faktor. Pengambilan kalori juga berbeza mengikut tahap aktiviti masing-masing. Orang yang lebih aktif perlukan lebih banyak kalori daripada yang kurang aktif. Contoh, jika sedang berusaha MENURUNKAN berat badan, dia perlu mengurangkan pengambilan kalori (kurang makan) daripada orang yang ingin MENGEKALKAN berat badan.

Wanita memerlukan KURANG kalori daripada lelaki. Wanita TIDAK BOLEH mengambil kurang dari 1200 kalori sehari, kecuali berada di bawah pengawasan doktor. Makan kurang dari 1200 kalori berpotensi mendapat kesan sampingan yang berbahaya. Pengambilan kalori yang terlalu rendah menyebabkan kitaran haid kacau-bilau dan tidak teratur.

Diet di bawah 1200 kalori sehari menyebabkan keletihan, keguguran rambut, intoleransi terhadap selesema dan batu hempedu. Very likely that your period will stop altogether. Menyekat makan dengan teruk boleh mengakibatkan gejala seperti keletihan, insomnia, mudah pitam/pengsan, kuku rapuh, sembelit, kulit kering, tekanan darah rendah dan dehidrasi.

Sekiranya anda telah mula mengambil lebih dari 1200 kalori, tetapi masih tiada perubahan dalam kitaran haid, ini mungkin berlaku kerana sebab-sebab lain. Sindrom PCOS, endometriosis, radang pelvis dan fibroid pada rahim boleh menyebabkan perubahan pada haid.

Sekiranya kitaran haid terlalu lambat hingga menjangkau beberapa bulan atau stop sama sekali, sila berjumpa doktor. Sekiranya telah dipastikan tiada penyakit yang berbahaya, semak kembali corak pemakanan dan aktiviti harian anda.

Selalunya, pengambilan kalori yang betul akan mengembalikan kitaran haid yang normal.

Diana Ishak
Read more

Cara Mengempiskan Perut Anda Selepas Bersalin C-Section


C-sect are very hard on your body. Kesan C-sect 'menggangu' otot perut dan pelvik. Badan kehilangan banyak darah semasa proses ini juga.

Kami faham ramai yang ingin segera kembali ke badan sebelum hamil, tetapi segalanya perlu berlaku dengan perlahan dan don't put pressure and be too hard on yourself. Menurunkan berat badan setelah melahirkan hanyalah sebahagian daripada proses, dan itu adalah wajar. Setiap kali berasa kecewa melihat perubahan bentuk badan, remember that the outcome of this was your child. Menurunkan berat badan perlukan kesabaran. Badan perlukan masa untuk pulih setelah melahirkan, terutamanya perut.

Here’s a good way to look at it - perut umpama belon. Belon tidak pecah tetapi membentuk lubang udara yang kecil bagi mengeluarkan angin.

Walaupun kebocoran belon perlahan, ia tetap stabil. Akhirnya, semua udara akan keluar dari belon juga. Begitu halnya dengan kelahiran. Sebaik sahaja melahirkan, hormon dalam badan mula berubah. Rahim menguncup dan perlahan-lahan kembali ke keadaan asal. Mungkin memerlukan masa antara 6-8 minggu untuk rahim kembali ke ukuran normal.

Semasa hamil, semua sel dalam badan membengkak untuk menahan cecair. Setelah melahirkan, sel mula mengeluarkan cecair tambahan (lemak). Cecair tambahan ini dikeluarkan melalui peluh, air kencing, dan rembesan vagina. Badan memerlukan lemak-lemak ini semasa mengandung untuk nourish the baby.

Setelah baby dilahirkan, badan membuang lemak tambahan ini secara semula jadi, tetapi memerlukan beberapa minggu sebelum nampak hasilnya. Setiap wanita mempunyai badan yang berbeza, dan semuanya perlukan masa yang berbeza untuk sembuh. Sebahagian wanita mungkin hanya perlukan beberapa minggu untuk pulih dari C-sect, sementara yang lain memerlukan beberapa bulan. Lebih baik tunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu sebelum mula bersenam/berdiet.

Walaupun disyorkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu sebelum mula bersenam/berdiet, tidak bermakna tak boleh mulakan dari sekarang. Paling tak, dah boleh ubah gaya pemakanan dan apa yang dimakan. Stop junk food, fast food and processed food dan gantikan dengan whole food.

Estrogen membantu mengawal berat badan. Bila estrogen rendah, badan cenderung makan lebih banyak dan kurang aktif secara fizikal. Pengurangan estrogen juga menurunkan kadar metabolisme. Inilah sebab kenapa wanita yang menopos kerap letih dan 'malas' bergerak, kerana ketika ini tahap estrogen menurun. Kekurangan estrogen juga menyebabkan badan tak menggunanakan kanji dan gula dengan baik, yang akan meningkatkan simpanan lemak dan menjadikan lebih sukar menurunkan berat badan.

Di sinilah fungsi HERBA RAHSIA RIMBA. Ia membantu menstabilkan tahap hormon estrogen agar metabolisme kembali meningkat dan haid kembali teratur sekaligus proses berpantang berlaku dengan lebih baik.

Diana Ishak
Read more
60 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart