Mengapa jangkitan Candida (yis) pada faraj berulang?

Walaupun jangkitan yis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada usia berapa pun, ada faktor tertentu yang dapat meningkatkan peluang itu. Jika jangkitan yis berlaku empat kali atau lebih dalam setahun, ini boleh dianggap jangkitan kronik. Jangkitan yis boleh berlaku berulang kali ketika yis tumbuh dengan berlebihan. Yis secara semula jadi memang terdapat di dalam badan.

Di dalam faraj, jangkitan yis berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan bakteria vagina. Bakteria membantu mencegah yis daripada membesar. Ketidakseimbangan terjadi jika terlalu banyak bakteria mati akibat antibiotik. Sangat penting untuk mempunyai keseimbangan mikroorganisma sihat dalam badan. Di sinilah makanan tambahan probiotik dapat membantu. Walaupun makanan tambahan probiotik tidak diterima sebagai rawatan untuk jangkitan yis, ia masih bermanfaat untuk menambah bakteria yang sihat pada vagina.

Yis juga cenderung membiak dalam keadaan basah, seperti peluh. Kurangnya amalan kebersihan seperti mandi dan persekitaran yang sentiasa lembap boleh menyebabkan jangkitan yis berulang-kali. Perhatian punca-punca yis boleh bertambah dalam badan:
  • sentuhan kulit ke kulit
  • aktiviti seksual
  • berpeluh, dan memakai pakaian lembap
  • spesies yis yang mampu resistant pada ubat biasa
Jangkitan yis pada faraj juga terjadi pada orang yang mempunyai sistem imun yang terganggu dan yang menghidap diabetes. Tahap estrogen yang tinggi juga antara faktor jangkitan yis yang berulang-ulang. Jika sudah dipastikan lendir yang banyak dari faraj adalah disebabkan yis, bolehlah cuba Herba Rahsia Rimba. Setelah bebas jangkitan nanti, cegah jangkitan yis dengan cara:
  • pakai seluar dalam jenis cotton yang menyerap peluh
  • pakai pakaian longgar
  • mandian setiap kali badan berpeluh
  • basuh pakaian dan tuala yang digunakan semasa mendapat jangkitan.
Jangkitan yis adalah kompleks, tetapi boleh disembuhkan. Jangkitan yis yang berulang memerlukan lebih banyak masa.


Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart