Wanita umur 40-an cenderung menambah berat badan

Apabila wanita berumur 40-an, terdapat kecenderungan untuk menambah berat badan yang dipengaruhi oleh faktor gaya hidup seperti pemakanan dan senaman. Apabila usia semakin meningkat, otot berkurangan secara pukal dan metabolisme semakin perlahan. Perubahan ini menyumbang kepada penambahan berat badan, perubahan kulit (kering dan hilang keanjalan), faraj kering dan rambut mudah gugur.

Perubahan tahap hormon terutamanya estrogen mempengaruhi lemak badan. Badan mula menyimpan lemak di sekeliling perut. Selain daripada penurunan paras estrogen, faktor lain yang menyumbang kepada penambahan berat badan selepas menopaus termasuk:
  • umur
  • kurang bergerak
  • sejarah keluarga obesiti
  • penggunaan ubat anti-depresan
  • kadar metabolisme menurun
  • makan banyak
Badan kita tidak memproses makanan dengan cara yang sama ketika kita masih muda. Semakin berusia metabolisme semakin perlahan. Sepinggan nasi yang dimakan ketika berusia 30an boleh menggemukkan ketika portion yang sama dimakan ketika usia 40an. Senaman yang membuang 130 kalori semalam 20 minit ketika berusia 30an, mungkin memerlukan 1 jam ketika di usia 40an.

Apabila diet terdiri daripada terlalu banyak makanan yang diproses dan gula, sel-sel badan menjadi resistan terhadap insulin. Akibat rintangan insulin, badan menyimpan lebihan glukosa sebagai lemak, yang mengakibatkan penambahan berat badan. Walaupun meminum soda diet mengurangkan kalori, kebanyakannya masih menyumbang kepada rintangan insulin. 

Perimenopause boleh bermula seawal usia lewat 30-an dan biasanya berlangsung selama beberapa tahun. Semasa perimenopause, hormon turun naik secara mendadak, yang boleh menjejaskan bentuk badan dan emosi. Ketika ini ovari secara beransur-ansur mengurangkan pengeluaran estrogen. Apabila pengeluaran estrogen berkurangan, badan berusaha untuk mengekalkan lemak dalam usaha mengekalkan keseimbangan hormon.

Selain itu, ketika menghampiri menopaus, badan menghasilkan kurang hormon progesteron. Penurunan tahap progesteron tidak menyebabkan seseorang gemuk, tetapi menyebabkan badan menahan air. Perut cenderung menjadi kembung/buncit. Untuk menghadapi simptom perimenopause dan menopause, kami cadangkan wanita mengambil Herba Rahsia Rimba.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart