Bahaya jika TRIGLISERIDA sangat tinggi.

Trigliserida adalah lemak dalam darah. Sebilangan besar makanan berlemak datang dalam bentuk trigliserida. Badan kita sendiri menghasilkan sebahagian besar trigliserida. Apabila seseorang makan terlalu banyak kalori, kalori tambahan diubah menjadi trigliserida dan disimpan di dalam sel lemak. Sekiranya trigliserida sangat tinggi dalam darah, seseorang mungkin perlu mengambil ubat kolesterol. Tahap trigliserida yang sangat tinggi menyebabkan simpanan lemak di kulit dan organ dalaman bertambah.

Lemak yang berkumpul ini boleh merosakkan hati dan pankreas. Pankreas adalah organ penting. Ia menghasilkan jus pencernaan yang diperlukan untuk menyerap makanan. Trigliserida yang sangat tinggi menyebabkan pembengkakan pankreas. Pembengkakan pankreas menyebabkan sakit perut, muntah, dan demam yang teruk. Sekiranya jus pencernaan bocor di luar pankreas, ia boleh mengancam nyawa. Kaedah rawatan pembengkakkan pankreas termasuklah menurunkan berat badan dan perubahan diet.

Selain tu, seseorang yang mempunyai penyakit hati, lebih daripada 10% hatinya dipenuhi oleh lemak. Penyebab penyakit hati yang paling biasa adalah diabetes, obesiti, dan trigliserida tinggi. Orang dewasa dengan trigliserida yang sangat tinggi mempunyai risiko penyakit jantung 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai trigliserida yang slightly elevated. Ini kerana, trigliserida yang sangat tinggi menyekat aliran darah ke jantung dan otak, menyebabkan serangan jantung atau strok. Terlalu banyak lemak dalam darah juga menyebabkan endapan terbentuk di arteri yang mengalir ke kaki, yang boleh menyebabkan rasa sakit dan kebas terutama ketika berjalan. Kaki yang sering kebas dan cramp pada waktu malam adalah salah satu petanda trigliserida tinggi dalam darah.

Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa semakin meningkat usia, tahap trigliserida wanita cenderung tinggi. Trigliserida yang tinggi ketika berusia membuatkan seseorang berisiko mendapat dementia (kehilangan fungsi otak). Trigliserida tinggi merosakkan saluran darah di dalam otak dan menyumbang kepada pembentukan protein beracun yang disebut amyloid, penyebab dementia.

Nutrijuice BUKAN rawatan untuk penyakit hati, pankreas berlemak, kebas kaki atau dementia. Tetapi Nutrijuice membantu menurunkan kolesterol (trigliserida) ke tahap normal. Perlu tahu bahawa kolesterol bukanlah penyakit, tetapi PUNCA penyakit. Jadi, Nutrijuice membantu merawat PUNCA penyakit akibat dari kolesterol tinggi.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart