Haid tak datang berbulan-bulan. Normal?

Kitaran haid yang normal adalah 28 hari.
Kalau tercepat atau terlambat pun tak sepatutnya melebihi tujuh hari. Pendarahan haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih kerap daripada setiap 21 hari atau pendarahan ambil masa lebih dari 8 hari.

Dalam kebanyakkan kes, haid yang tak teratur adalah disebabkan "anovulation", suatu keadaan di mana ovulasi tak berlaku semasa kitaran haid yang biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang sangat teruk. Selalunya ini ada kaitan dengan masalah kesuburan hingga susah untuk hamil. Tapi, kadang-kadang kitaran haid yang tak teratur mungkin juga disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang biasa-biasa saja. Maksudnya, ovulasi berlaku tapi proses ovulasi berbeza dari bulan ke bulan. Itulah sebab kenapa ada masanya terlambat datang haid, atau terawal, ataupun datang 2 kali dalam sebulan. Selalunya kitaran sebegini hanya bersifat sementara.

Faktor-faktor berikut boleh menyebabkan haid yang tak teratur :

1. Bersenam dengan kadar yang melampau.

2. Berdiet secara mendadak.

3. Tertekan atau kegelisahan boleh mendatangkan ketidakseimbangan hormon dan menggangu kitaran haid.

4. Pil perancangan boleh buatkan tempoh kitaran menjadi lebih singkat, atau menyebabkan anda terlepas tempoh atau kurang/lebih kerap tempoh kitaran haid.

5. PCOS. Keadaan di mana terbentuknya cyst pada ovari yang menggangu proses ovulasi. Di samping kesuburan terganggu, pengidap berpotensi mendapat diabetis dan sakit jantung dalam jangka masa panjang.

6. Tiroid. Masalah tiroid juga menyebabkan gangguan kitaran haid jika tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi.

7. Umur. Semakin meningkat usia (atau semakin mendekati menopos), kitaran haid akan ada sedikit gangguan.

 .

 .

Bahan-bahan di dalam gambar bagus untuk memperbetulkan kitaran haid. Perlu diambil dalam kuantiti yang dibenarkan saja. Kedua-kedua GC Plus dan Nutrijuice ada bahan-bahan ini, dan diformulakan untuk tujuan itu.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart