Berapa botol GC Plus agak-agak nak kena beli untuk kurus?

 

Satu lagi soalan yang selalu ditanyakan oleh pengguna GC Plus - "Kenapa berat saya turun 2kg je sebulan tapi kawan saya turun sampai 6kg?"

Ada yang turun hanya 1kg sebulan. Ada yang turun 4kg sebulan. Ada yang 19kg sebulan! (ni bukan main-main ya, kami ada testimoni ni). Banyak atau tidak perbezaan kadar penurunan tu satu cerita lain. Cerita yang lebih penting kat sini adalah apa yang you all dah buat untuk dapatkan turun berat sampai berbelas kilo tu.

Sebenarnya, penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 400g-900g seminggu. Tapi kalau you all turun berat badan sehingga 19kg sebulan bukanlah tak sihat. Masih selamat. Persoalannya sekarang bukan banyak mana mampu turun. Tapi cara apakah yang digunakan untuk turun tu.

Kalau setiap hari you all togok air limau nipis, air lemon, air perahan cili, memang la cepat turun berat tapi itu adalah penurunan berat yang TIDAK SELAMAT. Tapi kalau you all makan makanan yang sihat dan natural 3 kali sehari (bukan makan ringan atau makanan proses), di samping 10 minit buat jumping jack setiap hari, walaupun kelihatan you all seperti banyak makan dan malas bersenam (sebab buat 10 minit je), ia adalah penurunan berat badan yang sihat sekiranya mampu turun walaupun 2kg saja sebulan.

 .

JADI, BERAPA BANYAK BERAT PATUT SAYA KURANGKAN?

Kalau berat badan badan you all sekarang 58kg, dan berat ideal adalah 50kg, maknanya you all perlu turunkan 8kg saja lagi. Itu tak mustahil. Tapi kalau bercita-cita nak turunkan 8kg dalam masa seminggu (dengan cara yang sihat), itu mustahil.

Sebab apa mustahil?

Sebab kau bukan peserta The Biggest Loser yang beratnya menjangkau 172kg. Mereka yang berbadan besar di tahap obesiti ini lebih mudah hilang 8kg seminggu kerana faktor kehilangan berat air pada minggu pertama. Ini memang 'general rule' dimana, lebih banyak berat badan yang perlu diturunkan, lebih mudah untuk hilang berat.

BERAPA BOTOL AGAK-AGAK SAYA KENA BELI UNTUK KEMBALI KE BERAT BADAN SIHAT?

Ini lagi satu soalan yang payah nak jawab.

Walaupun GC Plus bantu untuk capai berat ideal, tapi perasan tak tak semua orang turun amaun berat yang sama sebulan. Ada yang turun 1kg, ada yang 5kg, ada yang 10kg. Salah satu faktornya kita dah bincangkan di point atas tadi.

Faktor seterusnya adalah gaya hidup.

Kalau The Biggest Loser tu lain. Memang mereka ada sepanjang hari untuk dedikasikan diri kepada pelbagai aktiviti yang boleh bantu ke arah penurunan berat badan. But kita-kita yang di luar program itu ada banyak lagi benda nak buat. 

Ada yang kerjanya sepanjang hari depan PC.

Ada yang kerjanya berjalan ke sana-sini naik tangga turun tangga jumpa customer.

Ada yang kerjanya di site, kerja berat.

Aktiviti kita tak sama. Dan aktiviti ini mempengaruhi cepat atau lambat penurunan berat badan. 

Tapi, kami nak tanya. Kenapa you all nak turunkan berat badan yang banyak dengan cepat? Ada yang tanya "Sempat tak saya turunkan 15kg dalam masa 2 bulan?"

Amboiiii. Nak kawen ke apa ni?

Pernah tak terfikir apa yang akan terjadi selepas berat badan you all turun dengan banyak secara mendadak?

Kami sokong sesiapa saja yang letakkan sasaran dan matlamat untuk capai berat badan ideal dalam sekian-sekian masa, tapi kami pelik kenapa letakkan sasaran dalam masa yang singkat?

Berikan masa untuk badan anda berubah. Letakkan matlamat itu perlu, tapi biar ia berlaku dengan santai dan tenang. Berikan masa untuk badan pulih dan bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku apabila ambil GC Plus.

Sebab, lebih cepat berat badan you all turun, lebih cepat berat tu datang balik. Haaa, takut tak?

Kehilangan 4kg seminggu selalunya, hujung bulan nanti 4kg ni datang balik kat you all. Tapi, hilang 4kg sebulan selalunya ia kekal hilang.

Percayalah! 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart