Kesan umur dan jantina pada tahap kolesterol.

Semakin meningkat usia, paras kolesterol cenderung meningkat. Ini disebabkan oleh metabolisme badan menjadi perlahan seiring usia, menjadikannya lebih sukar untuk memproses lemak dan kolesterol. Lelaki secara amnya lebih terdedah kepada paras kolesterol tinggi berbanding wanita, terutamanya ketika usia yang lebih muda. Walau bagaimanapun, selepas menopaus, paras kolesterol wanita cenderung meningkat malah mungkin melebihi paras lelaki. Ini disebabkan oleh perubahan tahap hormon estrogen, yang boleh menjejaskan jumlah kolesterol dalam darah.

Penting untuk ambil perhatian bahawa paras kolesterol tidak ditentukan oleh umur dan jantina semata-mata. Faktor gaya hidup seperti diet, aktiviti fizikal dan status kesihatan memainkan peranan penting. Untuk mengekalkan tahap kolesterol yang sihat, disyorkan untuk mengekalkan berat badan yang sihat, mengambil diet seimbang dan berhenti merokok.

"Kenapa semua penyakit ada kaitan dengan berat badan? Dalam hal ini, apa cara kolesterol ada hubungan dengan berat badan?"

Salah satu sebab utama untuk ini adalah kesan lemak yang berlebihan pada hati. Lemak badan yang berlebihan boleh menyebabkan hati menghasilkan lebih banyak kolesterol, yang membawa kepada tahap kolesterol yang lebih tinggi dalam darah. Obesiti boleh mengurangkan keupayaan badan untuk mengeluarkan kolesterol dari badan, mengakibatkan kolesterol bertumpuk-tumpuk. Ini kerana lemak badan yang berlebihan boleh mengganggu fungsi normal hati dan juga menyebabkan rintangan insulin, yang boleh memburukkan lagi masalah.

Trigliserida, sejenis lemak dalam kolesterol, boleh menjadikan penurunan berat badan lebih mencabar. Trigliserida yang tinggi menjejaskan metabolisme menyebabkan badan sukar mengawal paras gula dalam darah dan menggalakkan penyimpanan lemak berbanding pembakaran lemak. Trigliserida yang tinggi boleh mempengaruhi selera makan. Penyelidikan menunjukkan bahawa trigliserida yang tinggi menjejaskan pembebasan hormon tertentu yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Ini berpotensi membawa kepada peningkatan selera makan dan cravings. Jika anda merasakan susah untuk mengawal pemakanan, cuba check kolesterol. Mungkin kolesterol anda tinggi.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart