Berapa lama kolesterol boleh turun setelah mengambil ubat?

Nutrijuice dan ubat kolesterol sama-sama terbukti menurunkan paras kolesterol. Walau bagaimanapun, penting untuk semua faham bahawa ubat kolesterol dan Nutrijuice bukanlah magic solution. Ubat dan Nutrijuice boleh membantu, tetapi kesannya tidak serta-merta. Badan mengambil masa untuk bertindak balas untuk kolesterol menurun.

Ubat penurun kolesterol, seperti statin, membantu menguruskan tahap kolesterol yang tinggi. Ubat ini berfungsi menghalang enzim yang terlibat dalam pengeluaran kolesterol, dengan itu mengurangkan jumlah kolesterol yang beredar dalam darah. Walau bagaimanapun, ubat ini biasanya ditetapkan sebagai sebahagian daripada rawatan, bukannya magic pills. Bermakna, gaya hidup sihat, termasuk diet seimbang, masih diperlukan untuk hasil yang optimum.

Begitu juga dengan Nutrijuice. Ia mengandungi sterol tumbuhan yang memberi kesan baik terhadap tahap kolesterol. Walau bagaimanapun, ia juga bukan magic solution. Bahkan Nutrijuice bukan pengganti ubat kolesterol (jika anda makan ubat). Bermaksud, jika anda makan ubat kolesterol, anda masih perlu teruskan pengambilannya. Ambil Nutrijuice sebagai makanan tambahan jika mahu. Jika kolesterol anda tinggi tetapi belum memerlukan ubat kolesterol, anda boleh ambil Nutrijuice dahulu.

Untuk menguruskan tahap kolesterol dengan berkesan, gunakan pendekatan holistik yang merangkumi:
  • hadkan pengambilan lemak tepu dan gula
  • turunkan berat badan (jika overweight)
  • konsisten dan displin dengan rawatan (ubat/Nutrijuice)
Jangan fikir bila sudah ambil Nutrijuice you can eat whatever you want, ok? Ingat, pengurusan kolesterol ialah komitmen jangka panjang, dan keputusan terbaik dicapai melalui gabungan pilihan gaya hidup sihat, konsisten dengan rawatan dan pemantauan berterusan.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart