"Darah haid hanya datang 2 hari. Adakah saya menghampiri menopaus?"

Tempoh haid boleh berubah-ubah bergantung pada banyak faktor. Ia mungkin tanda awal kehamilan, atau ada penyebab lain termasuk faktor gaya hidup, birth control, atau keadaan kesihatan. Kitaran haid biasanya sekali setiap 28 hari. Sesetengah wanita mengalami haid setiap 21 hari, manakala yang lain mempunyai selang 35 hari. Kebanyakan wanita datang haid 3 hingga 5 hari setiap bulan. Tetapi haid yang berlansung hanya 2 hari, masih dianggap normal. Jika haid biasanya datang beberapa hari dan tiba-tiba menjadi pendek, ia disebabkan oleh pelbagai sebab.

Selain dari hamil, breastfeeding boleh menyebabkan haid tertangguh, atau lebih pendek. Ini kerana, hormon prolaktin yang membantu membuat susu, menghalang haid daripada berlaku. Kebanyakan wanita yang menyusu akan dapat haid semula 9 hingga 18 bulan selepas melahirkan. Pil atau suntikan hormon serta IUD boleh menyebabkan kitaran haid lebih pendek dan ringan. Gaya hidup dan perubahan pada rutin harian juga boleh mempengaruhi tempoh haid. Contohnya, stress. Tekanan yang tinggi boleh menjejaskan hormon, seterusnya menjejaskan kitaran haid. Jika mengalami stress yang teruk, haid pasti menjadi tidak teratur, lebih pendek atau lebih ringan daripada biasa. Atau mungkin tidak datang haid langsung! Haid akan kembali normal apabila tahap tekanan turun semula.

Jumlah aktiviti fizikal atau senaman yang melampau juga boleh menyebabkan haid tidak teratur atau ketiadaan haid. Jika seseorang tidak mengimbangi jumlah tenaga yang dibakar dengan pemakanan cukup, badan tidak mempunyai tenaga untuk memastikan semua sistem berfungsi. Jadi, ia akan mula memperlahankan tenaga dari sistem pembiakan untuk menyimpan tenaga. Akibatnya, otak melambatkan atau menghentikan pembebasan hormon yang mengawal ovulasi, menyebabkah haid anda tersangkut.

Ada beberapa keadaan kesihatan yang menjejaskan kitaran haid bulanan, antaranya PCOS dan masalah tiroid. Penyakit tiroid menyebabkan badan menghasilkan terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tiroid. Hormon tiroid memainkan peranan penting dalam kitaran haid. Apabila badan tidak menghasilkan jumlah hormon tiroid yang betul, haid menjadi tidak teratur dan kadangkala lebih pendek daripada biasa. Pada penghidap PCOS pula, badan menghasilkan lebih banyak hormon lelaki. Ketidakseimbangan hormon ini boleh menghalang ovulasi daripada berlaku. Akibatnya, haid mungkin lebih pendek, atau tiada haid langsung.

Apa yang orang tidak tahu, kehilangan berat badan boleh menyebabkan haid tidak teratur. Jika berat hilang dengan banyak dan mendadak, haid boleh terhenti sama sekali. Kebanyakan pengguna GC Plus mendapat kitaran haid yang bercelaru sedikit pada awal-awal pengambilan kerana berat badan turun dengan konsisten. Apabila badan sudah mencapai keserasian dengan GC Plus, perlahan-lahan kitaran haid menjadi lebih stabil. Jika anda mengalami kitaran haid atau aliran haid yang tidak menentu, boleh pertimbangkan untuk mengambil Herba Rahsia Rimba.

Herba Rahsia Rimba:
  • merawat ketidakseimbangan hormon
  • meningkatkan estrogen yang akan mengurangkan hot flashes
  • mengekalkan kitaran haid yang teratur
  • melancarkan aliran haid
  • menguatkan ligamen yang diperlukan untuk menyokong payudara
  • menyembuhkan luka dalaman wanita selepas bersalin
  • mengatasi cecair berlebihan (keputihan)
Whatsapp 013-7557424
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart