"Kak, saya selalu letih. Apa produk GreenAard sesuai untuk saya?"

Tidak dinafikan ada beberapa produk GreenAard yang memberi kesan tambah tenaga. Walau bagaimanapun, kesan itu hanyalah bonus. GreenAard TIADA produk khusus untuk menambahkan tenaga. Keletihan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, dan selalunya disebabkan oleh gabungan faktor fizikal, psikologi dan gaya hidup. Beberapa punca biasa keletihan termasuk:
  • Kurang tidur
  • Gangguan tidur
  • Faktor psikologi
  • Pemakanan yang kurang baik
  • Keadaan kesihatan yang kronik
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Stress yang berterusan
  • Ketidakseimbangan hormon
Turun naik hormon wanita, terutamanya yang berkaitan dengan kitaran haid, boleh menyumbang kepada keletihan. Bila kitaran haid adalah punca, keletihan akan membawa kepada mood swing dan keinginan seks yang menurun. Sebab itulah ketika keinginan seks berkurangan, jangan terus mengambil supplement khusus untuk meningkat daya seks. Sebaliknya, kenal pasti punca terlebih dahulu. Boleh jadi haid tidak teratur.

Semasa kitaran haid, paras hormon estrogen dan progesteron, turun naik. Perubahan hormon ini boleh menjejaskan tahap tenaga dan menyebabkan keletihan pada sesetengah wanita. Contohnya, semasa fasa pra-haid, ramai wanita mengalami gejala keletihan, perubahan mood dan gangguan tidur, yang boleh dikaitkan dengan perubahan hormon. Selain itu, kehamilan juga melibatkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan keletihan, terutamanya semasa trimester pertama dan ketiga. Ketidakseimbangan hormon, seperti yang dilihat dalam penghidap PCOS atau gangguan tiroid, juga boleh menyebabkan keletihan.

Adalah penting untuk tahu bahawa keletihan kadangkala boleh menjadi simptom keadaan kesihatan. Jika seseorang mengalami keletihan yang berterusan atau teruk, pergilah berunding dengan doktor. Jika anda kerap merasa letih dan ada masalah haid tidak teratur, mungkin itulah puncanya.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart