JERAWAT: KENAPA SAYA MASIH BREAKOUT!

 

Jerawat boleh muncul merentasi pelbagai peringkat kehidupan. Walaupun sebahagian besar jerawat hilang apabila usia semakin meningkat, masih ada yang baru mula naik jerawat buat kali pertama ketika dewasa.

Jerawat berlaku akibat pengeluaran minyak yang berlebihan daripada kulit, yang menyebabkan liang tersumbat dan bakteria tumbuh dengan banyak. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan jerawat dewasa. Antaranya STRESS.

Being an adult can be stressful. Perhatikan trend herawat anda, adakah ia cenderung untuk tumbuh ketika sedang stress?  Stress menyebabkan kelenjar adrenal menghasilkan lebih banyak minyak. Minyak tambahan itulah yang menyebabkan jerawat.

Pemakanan juga boleh menyebabkan jerawat. Diet yang tinggi gula adalah salah satu darinya.

Selain dari itu, ketika jerawat sedang mengganas, kurangkan atau berhenti minum susu atau makan keju. Kerana tenusu boleh menyebabkan breakout.

Another reason - menggabungkan terlalu banyak produk penjagaan wajah yang berbeza dalam satu-satu masa. Menggunakan terlalu banyak produk boleh menyebabkan kulit breakout. Mudah rutin penjagaan kulit, tidak perlu terlalu banyak step penjagaan. Kualiti bahan yang digunakan adalah lebih penting daripada jumlah produk yang dipakai pada wajah.

Ketika kulit sedang berjerawat, elakkan memakai produk berminyak seperti cleansing oil atau facial cleanser berasaskan krim. Jika tidak dibilas dengan betul, pori-pori lebih tersumbat dan menyebabkan jerawat.

Untuk lelaki, jika banyak jerawat di dahi, hentikan penggunaan produk penggayaan rambut yang berminyak, seperti mousse rambut. 

Hormon adalah satu lagi sebab besar untuk jerawat pada orang dewasa,  terutamanya wanita.  Common reasons penyebab jerawat adalah penggunaan IUD, birth control, kehamilan, dan menopaus. 

Apa-apa sahaja yang menyebabkan hormon tidak seimbang boleh menyebabkan kelenjar minyak mengeluarkan minyak secara berlebihan dan menyebabkan jerawat. Jerawat hormon cenderung tumbuh dengan besar di sekitar dagu, rahang, dan mulut.

Wanita cenderung mendapat jerawat hormon berbanding lelaki kerana badan wanita lebih cenderung dipengaruhi oleh turun naik hormon yang berterusan.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart