Perlukah cuci muka lagi selepas guna Makeup Remover?

Dari pengalaman kami melayari rak-rak kosmetik di mall-mall, kami dapati makeup remover terbahagi kepada 2 kategori.

Satu - makeup remover.
Satu lagi - makeup remover dan pencuci muka. 2 dalam 1.
The first one, perlukan bilasan selepas digunakan.
The latter, tak perlu.
Formula 2 dalam 1 sejak akhir-akhir ini menarik perhatian ramai orang. How wonderful it must be dapat cuci muka pagi dan petang tanpa perlu ke bilik air, kan? Boleh tuang atas kapas muka, dan terus sapu ke muka.
Kebanyakkan makeup remover 2 dalam 1 mengandungi formula yang sesuai untuk kulit sensitif. Biasanya ia merupakan produk yang sangat lembut, berasaskan air, yang pada asasnya seperti menyapukan air pada kulit saja. Tapi mana boleh gunakan air semata-mata untuk buang solekan pada wajah. Macamana sekalipun, tetap perlukan beberapa bahan lain yang membantu membuang kotoran dan sisa solekan pada kulit.
Keupayaan untuk membersihkan kulit sekaligus membuang solekan telah mennjadikan makeup remover jenis ini lebih popular sekarang. Makeup Remover GreenAard adalah salah satu darinya. Ia berasaskan air dan buih yang lembut pada kulit dan kurang kering berbanding makeup remover lain. Anda tidak perlu membilas muka selepas menggunakannya kerana ia tidak berminyak dan ianya telah benar-benar bersih kerana formulanya 2 dalam 1.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart