Gloei

Adakah Gloei boleh meransang pertumbuhan jerawat pada muka [jerawat kecil]?

Ada seorang pengguna Gloei tanya samada penggunaan Gloei akan memberi side effect tumbuhnya jerawat kecil pada muka?

Jawapannya TIDAK.

Gloei bertujuan untuk menambahkan collagen production dalam badan. Pertambahan collagen secara lojiknya akan menjadikan kulit lebih cantik dan berseri. Mustahil boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat.

Apa yang ramai tidak tahu, jerawat bukan sahaja berpunca dari makanan atau perubahan hormon atau faktor persekitaran [udara/habuk] tetapi juga mutasi genetik yang menghalang proses pembentukan semula kolagen. Mutasi genetik boleh menjadi salah satu penyebab utama munculnya jerawat apabila mengambil Gloei, however this is very very rare case.

Jerawat telah lama dianggap berpunca dari rembesan minyak yang terlalu banyak oleh kelenjar sebum yang kemudiannya bercampur dengan sel kulit mati. Hakikatnya, itu bukanlah satu-satunya punca jerawat.

Dalam badan manusia ada sejenis enzim yang membantu membentuk semula kolagen. Apabila enzim ini tiada/kurang akibat dari mutasi genetik, penghasilan kolagen akan terbantut atau menjadi perlahan. Bila pembentukan kolagen terganggu, sel-sel kulit yang baru yang biasanya akan bergerak menghampiri kawasan kelenjar sebum akan terus membahagi [mitosis] terapi tak bergerak. Sel-sel tersebut akan 'tersangkut' di kawasan yang dinamakan junctional zone berhampiran permukaan kulit. Akibatnya kawasan ini akan ditumbuhi jerawat dan berpotensi untuk mendapat blackhead juga.

Memandangkan Gloei meransang penghasilan kolagen, jadi bagi mereka yang ada masalah mutasi genetik mungkin akan mendapat side effect tersebut. Jika anda salah seorang darinya, nasihat kami, cuba habiskan sebotol Gloei dulu dan lihat jika ada perubahan. Jika tidak, berhenti guna.

 

Diana Ishak
Read more

Kalau minum kopi adakah mengganggu penghasilan kolagen?

Gloei

Hubungan di antara kopi-kolagen-jerawat sebenarnya agak rumit. Ia perlu dijelaskan secara detail.

First things first, kopi tak menyebabkan jerawat, tetapi kopi boleh membuat jerawat jadi lebih teruk. Ia bergantung pada apa yang kita masukkan dalam kopi, berapa banyak kita minum kopi, dan beberapa faktor lain.

Seperti yang kita semua tahu, kopi mengandungi banyak kafein. Kafein mampu membuatkan kita lebih alert dan awake, tetapi kafein boleh bagi tindak balas stress yang tinggi dalam badan. In fact, minum kopi dengan banyak boleh menambahkan stress dua kali ganda tanpa kita sedari.

Stress tidak menyebabkan jerawat, tetapi stress boleh menyebabkan jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan melambatkan the healing process. Hormon kortisol [hormon stress] yang meningkat dalam badan secara lansung meningkatkan jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum. Inilah yang membuatkan jerawat senang tumbuh dan lambat hilang.

Di samping itu, minum banyak kopi atau minum kopi pada waktu malam akan menjejaskan tidur. Kurang tidur akan menyebabkan hormon kortisol meningkat dalam badan, Ini bermakna badan akan mengalami lebih banyak stress. Ini boleh memburukkan lagi jerawat kita. Walau bagaimanapun, kesan kafein pada tidur berbeza from person to person. Jika anda sensitif terhadap kafein, cubalah ambil kopi pada waktu siang sahaja. 

So dah nampak dah kaitan antara kopi-stress-jerawat, kan?

Tentang kolagen pula, kafein mampu menghalang biosintesis kolagen dalam badan tetapi ia bergantung kepada dos kafein.1-2 cawan kopi sehari tidak mengapa tetapi jika avoid terus, lebih baik. Lebih-lebih lagi kalau kopi dicampur dengan gula.

Flow-nya macam ni...

Bila gula masuk dalam badan, insulin akan dirembeskan. Kalau banyak gula yang kita ambil bermakna lebih banyak insulin akan dihasilkan. Insulin akan mengakibatkan hormon IGF-1 meningkat [insulin-like growth factor-1]. Hormon IGF-1 adalah hormon yang bertangungjawab meningkatkan pertumbuhan acne. 

So now dah clear kaitan kafein-stress-sugar-kolagen-jerawat?

Sekiranya anda tak boleh tinggalkan kopi, apa kata :

1. Minum kopi tanpa gula atau gunakan stevia.

2. Kalau suka kopi susu, tukar kepada non-dairy milk seperti almond milk.

3. Elakkan minum kopi pada waktu malam supaya mudah tidur.

Tindak balas terhadap kopi dan kafein terhadap kulit tak sama from person to person. Sekiranya ada masalah jerawat, cara yang paling tepat, dalam tempoh penggunaan Gloei selama 20 hari, jangan minum kopi lansung [sebaik-baiknya stop sugar too]. Gunakan sekali Cleansing Gel untuk rawatan dari luar. Sekiranya kulit bertambah baik, barulah slowly start coffee again, maybe 1 cawan sehari dulu.

 

Diana Ishak
Read more

Pil anti depressant dengan GC PLUS & GLOEI

GC PLUS

Yang pertama sekali, perlu fahami bahawa apa sahaja ubat-ubatan kimia yang diambil secara rutin, samada ubat anti-depressant atau perancang keluarga, ia akan menyebabkan metabolisme badan menjadi perlahan. Apabila metabolisme badan perlahan, pembinaan otot juga menjadi sangat perlahan dan ini mengakibatkan lemak dibakar dengan sangat perlahan juga.

 

GLOEI

Walaupun tak semua orang akan dapat kesan yang sama, tetapi anti-depressant boleh membuatkan kulit menjadi kering. Kekeringan ini akan membawa kepada penggelupasan kulit, kulit terdedah kepada backteria dan kemudian berpotensi menjadi acne.

 

Mengambil pil antidepresan boleh beri efek yang berbeza dengan cara yang berbeza juga. Bukan semua orang akan dapat kesan kulit kering atau acne, tetapi yang pasti SEMUA akan mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan.

Secara peribadi, GreenAard tidak menggalakkan mana-mana pesakit yang mengambil anti-depressant untuk menggunakan GC Plus tetapi anda boleh menggunakan Gloei sekiranya mahu. Ini kerana Gloei bukanlah supplement yang dikategorikan sebagai ubat-ubatan tradisional yang mungkin boleh mengganggu tindakbalas ubat anti-depressant. Gloei adalah supplement kategori makanan dan ianya selamat digunakan sebagai makanan tambahan. 

 

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart