Bagaimana Gula Mempengaruhi Badan


Ramai yang dah tahu bahawa makan terlalu banyak gula tidak baik untuk kesihatan, yet we are still overdoing it. Minuman manis, candy, dan produk susu pekat adalah antara sumber gula tambahan. Tetapi makanan seperti roti, sos, dan protein bar juga boleh mempunyai gula.

Gula tambahan sukar ditemui pada label produk makanan kerana ia boleh datang dengan pelbagai nama seperti sirap jagung, nektar, gula tebu, atau sukrosa. Berikut ini adalah bagaimana gula boleh merosakkan kesihatan - dari kepala hingga kaki.


Otak
Kerap mengambil makanan/minuman manis membuatkan otak anda lonjakan besar bahan kimia yang disebut dopamin. Badan yang tinggi dopamin lebih cenderung menginginkan makanan manis yang berterusan. Kalau kita selalu mahukan coklat, ice cream atau dessert selepas makan lunch/dinner, puncanya adalah kerana badan sudah tinggi dopamin.

Jika terlalu banyak mengambil gula, gula akan mempengaruhi mood secara total. Jika sudah sampai ke tahap ini, seseorang akan sentiasa mengambil makanan manis untuk menceriakan moodnya. Pengambilan gula yang tinggi boleh mennjadi contributor kepada kemurungan.


Sendi

Sekiranya mengalami sakit sendi, berhentilah ambil makanan/minuman manis. Makan banyak gula terbukti memburukkan lagi sakit sendi kerana meningkatkan risiko rheumatoid arthritis.


Kulit
Gula menjadikan usia kulit cepat menua. Ini kerana, gula berlebihan melekat pada protein dalam aliran darah dan menghasilkan molekul berbahaya yang disebut "AGEs". AGEs menuakan kulit, merosakkan kolagen dan elastin, menjadikan kulit cepat berkedut dan kendur.


Hati
Sebilangan besar gula tambahan mengandungi fruktosa. Fruktosa diproses di hati. Di hati, fruktosa dipecahkan menjadi lemak. Jika jumlah fruktosa besar, ia dapat merosakkan hati. Ini menyebabkan:

- Penyakit hati berlemak : penumpukan lemak berlebihan di hati.
- Steatohepatitis : fatty liver yang boleh memutuskan bekalan darah ke hati.


Jantung
Apabila makan gula berlebihan, insulin yang dipam dengan banyak ke dalam darah boleh mempengaruhi arteri di seluruh badan. Ini menyebabkan dinding arteri meradang, menjadi lebih tebal dari biasa dan lebih kaku. Ini boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok.


Buah Pinggang
Sekiranya ada diabetes, terlalu banyak gula menyebabkan kerosakan buah pinggang. Bila kadar gula darah mencapai jumlah tertentu, buah pinggang mula mengeluarkan gula berlebihan ke dalam air kencing. Sekiranya dibiarkan tidak terkawal, diabetes boleh merosakkan buah pinggang.


Berat Badan
This probably isn’t new to you,, tetapi semakin banyak gula yang diambil, semakin susah berat badan turun. Orang yang makan/minum manis cenderung menjadi gemuk daripada mereka yang tidak. Badan boleh naik sekitar 900g dalam masa kurang dari 2 minggu. Ini kerana gula mampu membiakkan sel-sel lemak.

Ingat! Sel lemak yang yang sudah bertambah TIDAK AKAN berkurangan walaupun badan sudah susut. Sel lemak hanya akan mengecut sahaja. Kalau tak jaga makan, badan mudah menaik semula kerana sel lemak sedia ada dah standby.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart