Bagaimana cara menghilangkan kulit kaki strawberry?

Sekiranya kulit anda berbintik-bintik gelap, kadang-kadang disebut sebagai "kulit strawberi", you are not alone. Ini adalah masalah kulit yang biasa. Dengan rutin penjagaan kulit yang betul, kaki strawberi boleh dirawat.

 

APA YANG MENYEBABKAN KULIT KAKI SEPERTI  STRAWBERRY?

1. Faktor Kulit Strawberry # 1 : 

Biasanya mempunyai bulu kaki yang gelap dan kulit yang pucat [bukan putih, tetapi pucat]

 

2. Faktor Kulit Strawberry # 2 : 

Liang pori yang tersumbat akibat dari lebihan minyak dan tidak dibersihkan dengan sempurna menjadikan liang tersumbat lalu membentuk kulit strawberry yang ketara

 

3. Faktor Kulit Strawberry # 3 : 

Folliculitis. Luka yang terbentuk akibat bercukur boleh menyebabkan folikel tambut menjadi radang. Ini boleh mengakibatkan penampilan kulit strawberi.

 

4. Faktor Kulit Strawberry # 4 :

Keratosis pilaris adalah keadaan di mana keratin menumpuk di bawah kulit membentuk plag bersisik yang menyekat pembukaan folikel rambut.

 

Rawat kulit strawberry dengan rutin scrub dan sapukan losyen untuk mengelakkan kulit menjadi kering. Jangan lupa sabun kulit strawberry anda dengan CLEANSING GEL. Ramuan antiseptiknya membantu merawat masalah kulit. 

Diana Ishak
Read more

Apa itu acne?

Terdapat banyak jenis jerawat, tetapi yang paling biasa, yang biasa kita sebut "acne" adalah, jerawat vulgaris. Acne jenis ini terdiri dari blackheads, whiteheads serta jerawat merah terang yang jika tidak dirawat ia akan berubah menjadi pustules, papules dan nodules.

Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kulit is really quite simple. Yang perlu anda tahu, bahawa kulit sentiasa membuang sel-sel mati. Sebilangan sel kulit mati keluar dari badan melalui lubang kecil yang disebut liang pori. Pori-pori ini dihubungkan ke kelenjar minyak melalui saluran yang disebut folikel.

Kelenjar minyak ini menghasilkan cecair berminyak yang dinamakan sebum. Sebum  merupakan pelembap semula jadi yang melincirkan kulit. Masalah bermula apabila proses ini tiba-tiba menjadi lambat dan minyak serta sel kulit akan bergumpal bersama lalu menyumbatkan liang.

Tersumbat atau tidak, badan tidak akan berhenti menghasilkan lebih banyak minyak dan kulit baru. Jadi apa yang berlaku adalah, minyak menumpuk di bawah kulit yang mendorong kulit membengkak, creating  bump lalu menjadi jerawat. Pembengkakkan ini menyebabkan bakteria datang. Badan pula menghantar sel darah putih untuk melawan bakteria.

Kesan sampingan dari tindakbalas ini adalah adalah kemerahan pada kulit di kawasan yang terjejas. Apa yang sebenarnya berlaku adalah perebutan 'kuasa' antara sistem imun, bakteria, sel dan liang pori yang tersumbat.

Berikut adalah kaedah termudah untuk merawat acne :

  • Gunakan rutin yang sama dua kali sehari. Maksudnya jika anda menggunakan Cleansing Gel GreenAard pada waktu pagi, gunakan juga pada waktu petang /malam. Jangan campur-campur jenama sehingga acne hilang.
  • Sebaik-baiknya rutin kulit anda harus mengandungi beberapa kombinasi benzoil peroksida, salicylic acid, SLS atau asid glikolik.

 

Cleansing Gel mengandungi :

  • Tea Tree Oil
  • Ekstrak Rumpai Laut
  • Minyak kelapa
  • Aloevera
  • Minyak zaitun
  • Ekstrak Kayu Manis
  • Ekstrak Bunga Mawar
  • SLeS

 SLeS adalah sama seperti SLS cuma dia less-irritate. Kegunaannya adalah membuang lebihan minyak pada wajah.

 

Diana Ishak
Read more

"Tumit saya pecah and retak. Produk GreenAard yang mana saya kena pakai?"

Tumit retak adalah masalah kaki yang biasa. Ia berlaku pada orang dewasa dan kanak-kanak, tetapi lebih kerap terjadi pada wanita berbanding lelaki. Disebabkan crack heels adalah masalah biasa, maka jangan kelam-kabut beli bermacam-macam ubat untuk treatment. 

Rawatan pertama, gunakan balm atau lotion. Selalunya punca crack heel kerana kulit kurang lembap. jadi, apply lotion atau balm untuk melembutkan kulit di bahagian itu. Sapu Vaseline pun boleh.

Di samping itu, kenalpasti dulu punca crack feet. Kalau treat tanpa mengetahui punca pun tak guna juga. Persekitaran dalam kasut boleh menjadi sangat panas. Perubahan haba dan kelembapan menyebabkan air hilang dari kulit dan akhirnya lapisan atas kulit menebal.

Sabun tertentu juga boleh menghilangkan minyak semulajadi kulit. Ini menyumbang kepada kulit kering. Selain dari itu, suhu/cuaca sejuk menyebabkan kulit menjadi kering. Kalau kita apply lotion pada kulit but at the same time masih terdedah kepada punca-punca kulit kering, the treatment will not work.

Perubahan hormon dan metabolik dari masa ke semasa mengurangkan pergantian sel kulit mengakibatkan lapisan terluar kulit menebal. Bila tebal, ia menjadi kering dan rapuh. 

Seiring bertambahnya usia, pelindung lemak pada tapak kaki juga jadi semakin nipis. Ini memberi tekanan pada kulit, menyebabkan kulit retak dan pecah.

Sekiranya, lotion dan balm tak menunjukkan sebarang perubahan, barulah cuba supplement untuk kulit.

GreenAard tak ada produk khusus untuk kulit kering atau merawat tumit pecah, but we have Cleansing Gel and Gloei yang kedua-duanya untuk memperbaiki dan merawat masalah berkaitan kulit.

 

Diana Ishak
Read more

Apa yang perlu dicari dalam sebuah produk pembersihan kulit untuk kurangkan kerengsaan kulit sensitif?

Kami selalu dapat pertanyaan-pertanyaan general dari mereka yang berminat dengan Cleansing Gel GreenAard tetapi tak pasti samada kulit mereka sesuai atau tidak. Memandangkan Cleansing Gel GreenAard memang diformulasikan khas untuk sensitif skin, tapi how we define 'sensitive'?

Ada yang tanya "Kalau gatal-gatal tu sensitif atau penyakit?"
"Kalau kulit merah-merah tu sensitif atau penyakit?"

Ok, di sini kami list-kan FAQ tentang Cleansing Gel. 

1. Bagaimanakah nak tahu kalau saya ada kulit sensitif?
Have a dermatologist check your skin. Itu cara terbaik untuk mengetahui jika anda mempunyai kulit sensitif atau ada perkara lain yang menyebabkan kulit anda jadi begitu.

2. Apa yang menyebabkan tindak balas kulit sensitif?
Punca tindak balas kulit sensitif termasuk :

  • Gangguan atau alahan seperti ekzema, rosacea, atau dermatitis. 
  • Kulit terlalu kering. 
  • Pendedahan yang berlebihan kepada alam sekitar yang merosakkan kulit seperti matahari dan angin atau haba berlebihan atau sejuk. 
  • Faktor genetik, umur, jantina.

3. Apakah petua untuk menjaga kulit sensitif terutamanya di wajah?
Pembersihan. Setiap kulit manusia memberi respon berbeza kepada kaedah pembersihan yang berbeza. Tetapi kebanyakan pakar dermatologi bersetuju bahawa sabun yang mengandungi detergen yang kuat tak boleh digunakan di muka. Pembersih sabun seperti sabun organik atau sabun khas untuk kulit sensitif mempunyai potensi kurang merengsakan kulit wajah berbanding dengan sabun pencuci muka biasa. 

4. Apa yang perlu saya cari dalam sebuah produk pembersihan kulit untuk kurangkan kerengsaan kulit sensitif?
Untuk kulit sensitif, pastikan produk tersebut :

  • tidak mempunyai berpuluh bahan.
  • sedikit atau tidak ada lansung wangian.
  • jangan gunakan kosmetik waterproof.
  • gunakan produk natural bebas bahan kimia.


5. Bagaimanakah saya harus menguji tindak balas kulit sensitif?
Sebelum mencuba produk baru pada kulit, lakukan yang berikut :

  • selama beberapa hari, gunakan sedikit di belakang telinga.
  • sekiranya kulit tidak merengsa, lakukan prosedur yang sama, kali ini sapu di kawasan mata.
  • sekiranya masih tak ada kerengsaan, produk itu dikategorikan selamat digunakan di bahagian kulit yang lain.

 

Cleansing Gel GreenAard terbukti membantu merawat kulit sensitif seperti kekeringan, berminyak, berjerawat, ekzema dan psoriasis. Boleh lihat testimoni pengguna di sini : https://greenaard.com/pages/cleansing-gel-image-testimonyWalaubagaimanapun, kadangkala kulit telah berjaya dirawat tetapi kerengsaan datang kembali secara tiba-tiba. Dan selalunya kita menganggap "badan dah immune dengan produk maka ia tidak lagi berkesan"..

SALAH!

Kadangkala ada faktor lain yang membuatkan kerengsaan kulit datang semula selepas beberapa ketika. Jenis kain yang kita gunakan (pakaian) boleh menjadi faktor 'trigger'. Untuk kulit sensitif, pastikan pakai pakaian yang lembut, dari bahan semulajadi seperti kapas halus dan sutera. Elakkan guna kain yang berasaskan bahan sintetik seperti poliester. Rayon dan linen juga selesa untuk kulit sensitif tetapi lebih berat daripada kapas atau sutera. 

 

Diana Ishak
Read more

Jangkitan kulat (fungus) pada kulit. Apa nak buat?

Jangkitan kulat (fungus) pada kulit akan buatkan pengidap rasa tak selesa, gatal-gatal, dan kulit jadi buruk. 

Banyak jangkitan kulat boleh dirawat di rumah saja, tanpa perlu berhabis membeli bermacam-macam jenis krim yang pricey.

Tapi, untuk merawat jangkitan kulit, anda mesti terlebih dulu memahami jangkitan itu sendiri.These jangkitan biasanya disebabkan oleh mikrob, antara yang paling biasa adalah onychomycosis, candida, kurap, dan athlete's foot. 

Dah tentu tahap jangkitan adalah berbeza-beza. Jika jangkitan anda tak bertindak balas kepada rawatan di rumah, barulah berjumpa dengan doktor.

Antara bahan yang boleh digunakan untuk rawatan jangkitan kulat pada kulit adalah minyak kepala, minyak pokok teh, cuka epal, cranberry dan teh.

Cleansing Gel GreenAard ada campuran minyak kelapa, minyak pokok teh dan cranberry.

Manakala Nutrijuice boleh diminum untuk rawatan dari dalam kerana ada cuka epal di dalamnya.

Diana Ishak
Read more

Boleh tak Cleansing Gel GreenAard rawat jeragat?

.


.

.
Ok, sebelum kami jawab soalan tu ada perkara yang anda perlu tau tentang jeragat. Anda perlu tau ada 4 sebab berlakunya jeragat :
.
 Genetik
 Ketidakseimbangan hormon
 Kosmetik 
 Sinaran UV 
.
Itu semua adalah punca timbulnya jeragat.
Wanita cenderung dapat jeragat berbanding lelaki, kerana walaupun wanita rajin pakai UV protection, tapi oleh kerana ketidakseimbangan hormon berlaku setiap bulan akibat kitaran haid, jadi wanita lebih berisiko besar untuk dapat jeragat. 
.
Jadi, anda perlu tau jeragat memang susah nak dirawat apetah lagi kalau puncanya adalah masalah hormon. Itu sesuatu yang sukar dikawal. Tapi, kita boleh usaha untuk kurangkan jeragat. Antaranya gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa. 
.
Tapi please don't expect overnite results.
Ada beberapa krim yang mendakwa boleh rawat jeragat dalam masa beberapa hari (malah beberapa jam!). Nonsense!
Minyak zaitun dan minyak kelapa boleh membantu tapi ia akan merawat secara perlahan-lahan tetapi selamat. 
.
Cleansing Gel kami ada extract minyak zaitun dan minyak kelapa. Boleh cuba kalau mahu.
.

Diana Ishak
Read more

Rawatan wajah zaman Cleopatra

.

.

 Tahu tak, di zaman Cleopatra dulu, rawatan untuk kulit kering dan bersisik (ekzema), mereka gunakan campuran minyak kelapa, minyak pokok teh dan minyak zaitun untuk membuat losyen bagi tujuan itu?
.
 Tahu tak bukan saja campuran tersebut boleh mengurangkan parut jerawat tapi kulit akan jadi lebih anjal bila digunakan secara rutin.
.
 Tahu tak, untuk merawat psoriasis, gunakan campuran 10 titis minyak pokok teh dengan 2 sudu minyak kelapa dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.
.
 Tahu tak, kesemua miyak pokok teh, minyak kelapa dan minyak zaitun ada dalam CLEANSING GEL GREENAARD? 
Tak hairanlah ramai pengguna yang ada masalah kulit dapat lihat perubahan pada kulit selepas beberapa menggunakannya. Lihat testimoni pengguna di sini : https://greenaard.myshopify.com/pages/testimoni-cleansing-bar

.

Diana Ishak
Read more

Aloevera sebagai pelembap muka.

.

Pelembap membantu untuk mengekalkan kulit sihat dan mengekalkan keanjalan, yang semakin hilang apabila umur kita makin meningkat. Pada asasnya, tugas utama mosturizer adalah mengunci kelembapan dalam sel-sel di wajah.

.
Jika anda ingin memilih pelembap yang bagus, pilih pelembap yang mempunyai aroma lembut yang menarik minat anda, kulit anda rasa bagus bila memakainya dan yang penting sekali tidak meninggalkan sisa-sisa berminyak pada kulit anda.
.
Bagi mereka yang mempunyi kulit berminyak yang teruk atau mudah dinaiki jerawat mungkin harus mengelakkan daripada menggunakan pelembap
.
Seperti Aloevera,ia bertindak sebagai :
.
✔️ Pelembap kepada kulit muka kita.
✔️ Mengurangkan jerawat dan membantu mencerahkan noda-noda hitam pada wajah.
✔️ Mengurangkan sunburn
✔️ Menyembuhkan luka dan gigitan serangga. 
.
Aloevera juga adalah salah satu bahan yang terdapat dalam Cleansing Gel. Cleansing Gel dirumus khas untuk kulit-kulit kering, berminyak dan sensitif.

Gee Abdul Rani
Read more

Kulit muka macam tanah kering musim kemarau?

.

Kulit wajah yang kering tidak boleh menghasilkan kelembapan yang mencukupi untuk wajah anda. Antara faktornya mungkin secara genetik, usia, perubahan cuaca ataupun kurang air didalam badan.

.
Wajah mungkin akan sedikit bersisik dan kelihatan tidak bermaya dan ibarat seperti tanah pada musim kemarau. Anda mempunyai masalah seperti di atas? Jom ikuti beberapa tips ini.
.
✔️MINYAK ZAITUN
Setiap malam sebelum tidur, sapukan minyak zaitun pada wajah anda dan biarkan selama satu malam. Kemudian, bilas dengan air suam di waktu pagi.
.
✔️MANDI CEPAT 
Kalau boleh cuba mandi menggunakan air yang sedikit panas.
.
✔️AIR KELAPA
Basuh muka anda menggunakan sedikit air kelapa muda. Amalkan tips ini 2 kali sehari kerana air kelapa muda merupakan pelembap muka semulajadi. 
.
Semuanya harus bermula daripada anda sendiri, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jangan biarkan masalah kulit kering menghakis keyakinan diri dan membuat anda murung.
.
Apa kata try Cleansing Gel daripada GreenAard? Sememangnya dirumus untuk kulit kering, sensitif dan berjerawat.

Gee Abdul Rani
Read more

Khasiat kulit pisang.

KULIT PISANG MAMPU HILANGKAN MASALAH JERAWAT. BIAR BETUL ?

.
Betul. Tak percaya ?
.
Caranya : 
.
Ambil kulit pisang yang berwarna kuning kemudian letakkan di kawasan jerawat. Biarkan beberapa minit sehingga kulit pisang tersebut berubah menjadi coklat sedikit. 
.
Kemudian usap-usap bahagian bermasalah itu dengan kulit pisang selama 2-5 minit secara perlahan-lahan.
.
Selepas itu, biarkan selama satu jam tanpa dibilas. 
.
Kemudian baru dibilas dengan air.
.
Lakukan beberapa kali sehingga kulit kemerahan reda. 
.
Selepas jerawat pecah,jangan risau tentang bekasnya kerana kulit pisang mampu mengelakkan kulit daripada berparut akibat jerawat.
.
Tapi kalau lebih senang, gunakan saja Cleansing Gel yang terdiri dari bahan-bahan semulajadi yang tak kurang hebatnya. Ramai yang dah nampak kesannya tau.

Gee Abdul Rani
Read more

Cleansing Gel GreenAard - Pakar Masalah Kulit

KENAPA CLEANSING GEL GREENAARD MENJADI PAKAR KEPADA MASALAH KULIT YANG UTAMA SEPERTI ECZEMA, JERAWAT DAN RUAM?

.
 minyak kelapa
 minyak zaitun
 minyak pokok teh
 aloevera
 ekstrak kayu manis
 ekstrak rumpai laut
 air bunga mawar
 gliserin
.
.
Bahan-bahan di atas adalah bahan-bahan 'powerful' yang memang dah digunakan dari zaman Cleopatra untuk merawat kulit. Kami terima banyak testimoni dari pengguna baik dari yang mengalami masalah ekzema, kulit berminyak, ruam mahupun jerawat - rata-rata berpuas hati dengan hasil selepas menggunakan Cleansing Gel. Sesuai untuk semua jenis kulit, dewasa mahupun bayi. Kalau nak tengok hasilnya, baca testimoni di sini : https://greenaard.myshopify.com/pages/testimoni-cleansing-bar

Diana Ishak
Read more

Scrub : Perlu ke tidak?

 .

Muka nampak kusam dan tak bercahaya merupakan masalah kulit yang kerap dialami oleh remaja . Untuk mengatasinya, anda memerlukan rawatan ekstra seperti scrubbing untuk menjadikan wajah lebih cerah. Tapi Girls, penting di sini bahawa anda juga perlu tahu cara membersihkan wajah yang betul menggunakan scrub agar wajah lebih nampak segar dan berseri.

.
🤔Bagaimana cara menggunakan scrub yang betul ?

Selain mengetahui fungsi scrub, anda juga harus faham cara membersihkan wajah dengan betul menggunakan scrub agar wajah anda kelihatan bersih , Girls. Ini tips nya:

✔️Sebaiknya, pilihlah scrub wajah dari bahan seperti gula, garam, atau kulit kacang tanah untuk meminimakan risiko iritasi pada kulit. Selain itu, bahan scrub akan lebih mudah membuang kotoran dan sel kulit mati pada kulit wajah. Namun, pastikan terlebih dahulu bahawa anda tak de alergi pada bahan-bahan tersebut, ya.
.
✔️Bilas wajah menggunakan air suam-suam kuku sebelum menggunakan scrub agar pori-pori terbuka dan kotoran dapat terangkat dengan baik sehingga wajah menjadi bersih lebih bagus.
.
✔️Gunakan sabun pembersih muka terlebih dahulu sebelum apply scrub. Kemudian, ratakan scrub pada bagian dahi, hidung, dagu, dan leher dengan gerakan membulat. Hindari area mata dan bilas hingga bersih.
✔️
Hindari terlalu kerap menggunakan scrub jika kulit anda berjerawat. Scrub akan meningkatkan radang pada kulit berjerawat sehingga membuatnya semakin teruk.
.
✔️Untuk menjaga kelembapan wajah, cukup gunakan scrub 1-2 kali seminggu.
.
😍Untuk mengekalkan kelembapan dan buang segala kotoran tu, apa kata korang cuba Cleansing Gel,sememangnya dirumus untuk kulit-kulit bermasalah. 
.

Gee Abdul Rani
Read more
31 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart