Face mask apa yang terbaik untuk jenis kulit saya?

Face mask boleh memainkan peranan penting ketika kulit kering atau berminyak. But the question is, "Should you use one?". Jika ya, pada waktu bila perlu guna mask dan mask mana satu sesuai untuk keadaan semasa kulit. Kalau kulit kita tak ada masalah, maka face mask bukanlah bahagian penting dalam rutin penjagaan kulit. Walau bagaimanapun, ia tetap berguna untuk maintain keadaan kulit supaya ia kekal optimum.

[1] Charcoal mask dan Clay mask

Bagus digunakan sekiranya ada masalah liang pori besar. Liang pori yang besar menjadi punca ia tersumbat dan muka jadi berminyak. Kedua-dua charcoal dan clay mask membantu membersihkan liang pori. Tetapi mask jenis ini boleh memberikan rasa 'ketat' pada wajah. Jangan guna dengan kerap dan guna dalam tempoh yang sekejap sahaja [kurang dari 30 minit].

[2] Overnight mask

Secara umumnya bertujuan untuk melembapkan wajah [bergantung pada formula]. Kalau kulit jenis kering, atau berminyak, atau kulit kombinasi, mask jenis ini dapat membantu kulit menahan kelembapan lebih lama. Tetapi bergantung juga pada tahap kekerimgan kulit. Ada kemungkinan perlu apply mosturiser selepas menggunakan mask ini.

[3] Brightening mask

Bertujuan untuk memperbaiki warna kulit yang tidak sekata dan menjadikannya lebih cerah [bukan lebih putih]. Maknanya, mask jenis ini menjadikan kulit kurang kusam.

Bio-cellulose Mask GreenAard adalah produk yang pada awalnya kami tidak berapa yakin akan mendapat sambutan. Walaupun kami amat yakin bio cellulose mask ini pasti memberikan positive result [kerana technology bio-cellulose sangat advance], harganya yang mahal mungkin akan membuatkan pengguna berfikir 2 kali sebelum membeli. Sangkaan kami meleset!

Ternyata pengguna GreenAard yang telah mencuba beberapa produk GreenAard yang lain sanggup mencuba bio-cellulose ini. Boleh jadi kerana berpuas hati dengan hasil produk-produk terdahulu. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Nah! Bila dah cuba baru tahu keberkesanan bio cellulose mask GreenAard.

Untuk pengetahuan, mask ini bukan menggunakan mask sintetik seperti sheet mask biasa tetapi menggunakan bacteria cellulose. Gentian bacteria cellulose adalah 100 kali lebih halus dari sheet mask dari pulp tumbuhan. Kehalusan bacteria cellulose membuatkan mask ni lebih melekap pada kulit menjadikan bahan-bahan dari mask boleh diserap ke lapisan dermis kulit yang lebih dalam.

Bio Cellulose Mask GreenAard adalah mask jenis hydrating kerana ia memperbaiki warna kulit yang tidak sekata dan menjadikannya lebih cerah. Maknanya, mask jenis ini membantu merawat kulit kusam.

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart