Penghasilan Bio-Cellulose dari Bakteria dan Kegunaannya dalam Mask

Selulosa bakteria yang dihasilkan oleh bakteria aerobik mempunyai sifat fisiokimia yang unik berbanding selulosa tumbuhan.

Walaupun tumbuhan adalah penyumbang utama selulosa, pelbagai bakteria juga mampu menghasilkan selulosa sebagai sumber alternatif.

Selulosa bakteria telah lama digunakan dalam pembuatan nata de coco, yang berfungsi sebagai kiub agar-agar. Nata de coco mempunyai sifat tekstur seperti permukaan yang kenyal, lembut dan licin.

Semasa penghasilan nata de coco, selulosa bakteria disintesis dalam kultur air kelapa. Air kelapa berfungsi sebagai sumber "makanan" untuk bakteria menghasilkan selulosa.

Oleh kerana struktur selulosa bakteria hanya terdiri daripada monomer glukosa, ia memberikan banyak sifat hebat seperti :

- struktur yang unik [kenyal]
- menakung air dengan banyak
- daya tahan
- kekuatan mekanikal

Atas sifat-sifat hebat inilah, bio-cellulose digunakan dalam penghasilan GreenAard Bio-Cellulose Mask. Mask menakung air dan serum dengan lebih lama. Walaupun selepas penggunaan 30 minit, mask tidak kering.

Struktur fiber bio-cellulose yang 100x lebih halus dari rambut membuatkan ia melekap dengan rapat pada lapisan kulit, membenarkan serum meresap dengan lebih mudah ke lapisan dalam kulit.


Diana Ishak
Read more

Jangan biarkan MASK lama di muka sehingga kering

Mask membantu membersihkan (atau mencegah) jerawat. Mask datang dalam pelbagai jenis. Ada yang :

- membersihkan wajah
- melembapkan kulit
- menghilangkan sel kulit mati (exfoliate)
- mencerahkan kulit.

Just as there are many different kinds of masks for many different purposes, ada banyak cara yang berbeza untuk menggunakan mask. Teknik dan proses menggunakan mask isn’t one size fits all.

Kita TAK BOLEH memakai mask sehingga kering. Menunggu sehingga kering bermaksud mask dibiarkan lebih lama daripada yang sepatutnya. Contohnya, mask tanah liat (clay mask). Walaupun betul 'lebih keras' mask, lebih banyak sel kulit mati yang dapat dikeluarkan bila mask dikupas, tetapi for some skin ini boleh buatkan kulit jadi terlalu kering.

Bila mask dah capai tahap mengelupas (flaking), kulit boleh menjadi kering dan gatal. Ini sebenarnya tanda bahawa your natural skin barrier dah semakin berkurang.

Ada jenis mask untuk "purify". Mask jenis ni akan jadi bahaya kalau dibiarkan terlalu lama. Minyak semulajadi muka menyusut dan menjadikan kulit kering dan menggelupas. Kulit yang mengelupas invite more bacteria dan jerawat lebih cepat tumbuh. 

Ramai menganggap lebih lama memakai mask, lebih bagus untuk kulit. That’s not exactly true.

Peel-off mask juga tak boleh dipakai terlalu lama. You might think lebaih bagus membiarkannya hingga kering supaya dapat peel off dengan lebih mudah, but that’s not always the best idea.

Mask seperti gel seperti peel-off mask boleh kering seperti gam. Bulu pada wajah can get stuck pada gel dan tanggal/putus ketika kita menanggalkan mask. Ini boleh menyebabkan skin irritation dan berpotensi menjadi folikulitis.

Berbeza dengan mask yang menghidratkan kulit, kita tak perlu nak cepat-cepat tanggalkan. Memang tujuan mask ini untuk menambahkan kelembapan kulit tetapi pastikan mask adalah dari jenis yang menakung cecair. Mask yang diperbuatkan dari pulp sheet, walaupun menghidrat, ia masih tidak mampu menakung cecair dengan terlalu lama. Jika dipakai melebihi 30 minit, ia tetap akan mengering.

GreenAard Bio-Celulose mask adalah jenis mask yang menghidrat. Ia menakung air dengan lebih lama kerana mask ini bukanlah dari pulp sheet yang biasa tetapi dari bio-cellulose. Sifat bio-cellulose memang menakung air. Selepas 30 minit penggunaan pun mask masih lembap.

Kalau anda tak sure dengan mask apa yang perlu dipakai, the best thing is to follow the directions as closely as possible. Ini sangat penting kerana kita belum pasti bagaimana kulit akan bertindak balas.

Diana Ishak
Read more

Gunakan mask setiap hari adalah rahsia kulit cantik?

Di Korea, ada kaedah yang disebut "satu hari, satu pek". Di sana, hampir semua orang menggunakan sheet mask setiap hari. Tidak hairanlah sheet mask di Korea dijual dalam bentuk borong.

Memakai sheet mask setiap hari adalah salah satu cara bagi mereka [Korean] untuk menjaga kulit supaya sentiasa lembut, berseri, dan bebas jerawat. 

Pasti ada yang berkata "I can't imagine doing one sheet mask every day, let alone two. Getting a facial once a week for a month was exhausting enough".

Tambahan pula, dengan memakai sheet mask setiap hari, tujuh hari seminggu nampaknya seperti akan merengsakan kulit. Sebenarnya, belum tentu lagi.
Anda boleh gunakan sheet mask setiap hari tetapi ada beberapa syarat.

Selagi ia mask tersebut tidak mengandungi mengandungi asid glikolat [glycolic acid], ianya selamat untuk digunakan setiap hari. Mengapa?

Mask yang diformulasikan dengan glycolic acid terlalu kuat untuk digunakan setiap hari kerana boleh menyebabkan kerengsaan dan pengelupasan. Ianya tidak berbahaya, cuma bila diguna setiap hari, kulit mudah menjadi kering.

Walaupun sheet mask tersebut tidak mengandungi glycolic acid, ia tetap tidak boleh digunakan setiap hari oleh mereka yang mempunyai kulit berjerawat atau prone kepada jerawat. Kadang-kadang ini boleh memburukkan lagi jerawat kerana liang boleh tersumbat dan menyebabkan bakteria tumbuh di kulit. Sebagai ganti, gunakan mask hanya sekali seminggu.

Bagaimana pula dengan kulit yang tidak mudah berjerawat?

Golongan ini boleh menggunakan sheet mask setiap hari kerana dapat membantu meningkatkan tahap penghidratan kulit. Jadi, bila anda menggunakan serum atau krim muka, it helps push the ingredients into the skin.

Bio Cellulose Mask GreenAard adalah mask jenis sheet. Sebahagian besar mask yang berada di pasaran diperbuat dari pulpa kayu atau serat kasar. Bio Cellulose Mask GreenAard dihasilkan dalam persekitaran makmal yang sangat terkawal - oleh bakteria industri.

Apabila bakteria diberi substrat tertentu seperti gula, ia menghasilkan selulosa tulen. Fiber Bio Cellulose ini dapat menahan dan mengekalkan cecair dalam mask dalam kapasiti yang besar. Sesiapa yang pernah menggunakan Bio Cellulose Mask pasti tahu walau 30 miniyt dipakai, mask kekal lembab, kan?

Salah satu sifat bio cellulose adalah keupayaan hidrofiliknya menahan cecair. Setiap fibernya boleh menakung air sehingga 100 kali dari mask biasa. Ini menjadikan mask GreenAard lebih lentur dan dapat memenuhi kehendak kulit. Mask ini sangat lembap dan apabila diaplikasikan ke wajah, kulit serta-merta menjadi segar dan sejuk. 

Diana Ishak
Read more

Face mask apa yang terbaik untuk jenis kulit saya?

Face mask boleh memainkan peranan penting ketika kulit kering atau berminyak. But the question is, "Should you use one?". Jika ya, pada waktu bila perlu guna mask dan mask mana satu sesuai untuk keadaan semasa kulit.

Kalau kulit kita tak ada masalah, maka face mask bukanlah bahagian penting dalam rutin penjagaan kulit. Walau bagaimanapun, ia tetap berguna untuk maintain keadaan kulit supaya ia kekal optimum.

 

[1] Charcoal mask dan Clay mask

Bagus digunakan sekiranya ada masalah liang pori besar. Liang pori yang besar menjadi punca ia tersumbat dan muka jadi berminyak. Kedua-dua charcoal dan clay mask membantu membersihkan liang pori. Tetapi mask jenis ini boleh memberikan rasa 'ketat' pada wajah. Jangan guna dengan kerap dan guna dalam tempoh yang sekejap sahaja [kurang dari 30 minit].

 

[2] Overnight mask

Secara umumnya bertujuan untuk melembapkan wajah [bergantung pada formula]. Kalau kulit jenis kering, atau berminyak, atau kulit kombinasi, mask jenis ini dapat membantu kulit menahan kelembapan lebih lama. Tetapi bergantung juga pada tahap kekerimgan kulit. Ada kemungkinan perlu apply mosturiser selepas menggunakan mask ini.

 

[3] Brightening mask

Bertujuan untuk memperbaiki warna kulit yang tidak sekata dan menjadikannya lebih cerah [bukan lebih putih]. Maknanya, mask jenis ini menjadikan kulit kurang kusam.

 

Bio-cellulose Mask GreenAard adalah produk yang pada awalnya kami tidak berapa yakin akan mendapat sambutan. Walaupun kami amat yakin bio cellulose mask ini pasti memberikan positive result [kerana technology bio-cellulose sangat advance], harganya yang mahal mungkin akan membuatkan pengguna berfikir 2 kali sebelum membeli.

Sangkaan kami meleset!

Ternyata pengguna GreenAard yang telah mencuba beberapa produk GreenAard yang lain sanggup mencuba bio-cellulose ini. Boleh jadi kerana berpuas hati dengan hasil produk-produk terdahulu. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Nah! Bila dah cuba baru tahu keberkesanan bio cellulose mask GreenAard.

Untuk pengetahuan, mask ini bukan menggunakan mask sintetik seperti sheet mask biasa tetapi menggunakan bacteria cellulose. Gentian bacteria cellulose adalah 100 kali lebih halus dari sheet mask dari pulp tumbuhan. Kehalusan bacteria cellulose membuatkan mask ni lebih melekap pada kulit menjadikan bahan-bahan dari mask boleh diserap ke lapisan dermis kulit yang lebih dalam.

Bio Cellulose Mask GreenAard adalah mask jenis hydrating kerana ia memperbaiki warna kulit yang tidak sekata dan menjadikannya lebih cerah. Maknanya, mask jenis ini membantu merawat kulit kusam.

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart